Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rupanya Dia Tidak Lagi Yakin Boleh Menang Di Langkawi... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rupanya Dia Tidak Lagi Yakin Boleh Menang Di Langkawi...





Hari ini penulis agak terhibur melihat telatah dan aksi kebudak-budakan seorang warga emas yang menjangkau usia hampir 93 tahun. Dalam usia yang terlalu senja itu, dia begitu gemar merapu dalam usaha mengejar cita untuk berkuasa kembali di negara ini buat kali kedua.

Dalam celoteh warga emas itu hari ini, khabarnya dia mahu menjelma di serata tempat termasuk di Parlimen Pekan, kerusi yang disandang Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Mungkin dia fikir Najib akan takutlah jika dia muncul di sana…

Suka penulis memberitahu warga emas itu bahawa sebagai warganegara Malaysia, dia berhak untuk muncul di mana saja dia suka. Menjelmalah di mana pun sekali di negara ini, dia bebas berbuat demikian tanpa sebarang halangan.

Cuma penulis pesan supaya dia jangan langgar undang-undang sajalah. Bukan apa, dia bukan lagi Perdana Menteri di zaman ini. Ketika dia menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum ini mungkin dia ‘kebal’. Tapi zaman sekarang tiada siapa yang ‘kebal’ daripada tindakan undang-undang termasuk Perdana Menteri sendiri.

Warga emas itu kata dia popular di Putrajaya. Dia mengukur popularitinya melalui faktor orang ramai ajak bergambar. Penulis tidak nafikan popularitinya, tapi itu tidak semestinya membayangkan mereka yang ajak dia bergambar itu mahu dia jadi Perdana Menteri semula, bukan?

Sebagai contoh, jika dia ke Israel, Amerika Syarikat atau Filipina, dan ramai yang mahu bergambar dengannya, adakah dia fikir mereka mahu dia jadi Perdana Menteri Israel, Presiden US atau Filipina, bukan? Jika populariti jadi ukuran untuk jadi Perdana Menteri, mungkin ramai artis lebih popular dari warga emas itu, bukan?

Oleh itu, pada hemat penulis, warga emas itu tidak perlu perasan lebih. Dia perlu tahu bahawa dalam Pakatan Harapan sendiri ramai yang tidak suka padanya. Lebih buruk, dalam parti ‘cap bunga’nya sendiri pun protes dan tidak gemar pada cara politiknya.

Apakah warga emas itu rasa terancam terhadap lawatan Najib ke Langkawi baru-baru ini sehingga menyebabkan dia enggan mengaku untuk bertanding di Langkawi dan berdolak-dalih untuk bertanding di Parlimen itu?

Persoalan lebih utama, apakah dia kini baru terasa bahang penolakan orang Pulau Langkawi terhadapnya? Baru sekarang dia tahu? Sebelum ini dia tidak sedar tentang ‘dendam tidak terungkap’ yang tersemat di dada anak-anak jati Langkawi? Dia fikir semua orang Langkawi suka padanya?

Sepatunya dia sudah lama sedar diri. Dulu orang Langkawi bagai mentimun dan dia pula umpama durian, ‘menggolek orang Langkawi kena, digolek pun mereka jua yang kena’. Setelah bebas dari ‘jajahan kuku besi’ dan ‘tanah tergadai’, kini masanya mereka mahu melunaskan ‘dendam’ padanya?

Maka kerana itu dia terpaksa berdolak-dalih dengan menyebut Putrajaya dan Pekan? Kenapa tidak sebut Kubang Pasu atau Merbok? Bukankah itu juga dianggap kerusi ‘putih’ tafsiran politik ‘bunga’? Atau memang semua kerusi parlimen di negara ini ‘hitam’ bagi warga emas itu?

Nampaknya dia seolah mula ragu-ragu dengan keupayaannya untuk menang di kerusi ‘selamat’. Jika benar dia mula rasa was-was begitu, penulis mempunyai satu tempat yang terbaik untuk dia kekal berada di situ sehingga ke akhir hayatnya.

Suka penulis sarankan supaya dia lebih banyak meluangkan masa menjelma di atas tikar sejadah di masjid. Lebih afdhal lagi sekiranya dia terus bermastautin di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi, dan teruslah beriktikaf mengumpul seberapa banyak pahala daripada ibadanya.

Pada hemat penulis, ‘Al-Haramain’ merupakan lokasi paling sesuai untuk mengubat hati dan jiwa bagi warga emas yang banyak ‘telanjur’ sepertinya. Cuma sebelum pergi, mohonlah maaf kepada seluruh rakyat Malaysuia atas ‘sejarah silam’nya dalam senarai terperinci.

Sesudah memohon maaf daripada rakyat negara ini, pergilah bertaubat dan memohon ampun daripada Allah SWT. Gandakanlah pahala di Al-Haramain sebanyak mungkin sebagai bekalan akhirat. Penulis doakan kesejahteraannya di dunia dan akhirat…




-mykmu

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EKULS0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.