Tawar darjah kebesaran Pahang palsu, Datin ditahan polis
Suspek yang berusia 60 tahun dan tinggal di Taman Bertam Perdana, Pulau Gadong di Melaka ditahan di perkarangan Balai Polis Malim, Melaka pada jam 3 petang Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek dipercayai menawarkan darjah kebesaran berkenaan di dalam akaun Facebook bernama Nazzaitulhaida Mohd Ali.
"Siasatan awal mendapati pada 29 Januari lalu lebih kurang jam 3 petang suspek telah memuat naik satu status di laman sosial 'Facebook' menggunakan akaun bernama Nazzaitulhaida Mohd Ali yang menawarkan hal pemberian darjah kebesaran Pahang."Dalam masa yang sama, suspek turut memberitahu bahawa bagi mereka yang berminat boleh menghantar maklumat peribadi kepadanya terlebih dahulu sebelum 20 Feb lalu.
"Tidak cukup dengan itu, paparan berkenaan turut menyatakan sesiapa berminat dengan gelaran Datuk atau Datuk Seri Pahang boleh menemuinya pada 23 Feb ini di daerah ini untuk berbincang," katanya di sini.
Mohd Wazir berkata, polis turut merampas bersama suspek sebuah telefon bimbit jenama Xiaomi Model Mi Max 2, sekeping kad sim My Tune Talk dan kad sim Redone.
Tambahnya, suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk tindakan selanjutnya dan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan Seksyen 3(1) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017.
Sumber Tawar darjah kebesaran Pahang palsu, Datin ditahan polis
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EN0Xcj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment