(9 Foto) Jutawan Gaji RM161,966 Seminggu, Tapi Tergamak Biarkan Ibu Hidup Gelandangan..
IBU kepada bintang muda kelab bola sepak Arsenal, Ainsley Maitland-Niles mendakwa hidup gelandangan dengan tidur di stor sejuk beku, sementara anaknya tinggal di apartmen berharga £700,000 (RM3.8 juta).
Jule Niles, 38, memberitahu Daily Mail, anaknya yang menerima gaji £30,000 (RM161,966) seminggu enggan menjadi penjamin untuk membolehkan dia menyewa sebuah flat.
Sementara Maitland-Niles, 20, bersama adiknya, Cordi tinggal di rumah mewah, Jule terpaksa mencuri-curi masuk ke gudang Big Yellow Storage untuk tidur di dalam sebuah tempat penyejuk yang tidak digunakan.
Ainsley Maitland-Niles kanan. |
Dia juga menyambut Krismas di tempat yang sejuk itu seorang diri dan makan malam di sebuah pusat untuk gelandangan berhampiran.
Jule memberitahu, dia mula tinggal di kotak besi itu sejak tiga bulan lalu selepas hubungan dengan pemain tengah bernilai £15 juta (RM81 juta) terbabit mula regang.
“Anak saya boleh membelikan saya sebuah rumah flet dengan dua minggu atau dua bulan gajinya.
“Bagaimanapun, apabila wang menguasai dirinya, saya berada di kedudukan ini.
“Anak saya bermain untuk Arsenal, sementara saya pula tidak berumah dan tinggal di dalam tempat penyimpanan barang,” jelasnya.
Kredit: Hmetro
Kredit: Hmetro
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FyrYwu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment