Hi! Welcome Back and Stay Tune! Senarai Gaji Pemain Kedah Musim 2018 Bocor Di Media Sosial. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Senarai Gaji Pemain Kedah Musim 2018 Bocor Di Media Sosial.


Antara salah satu faktor utama pemain-pemain tempatan agak keberatan untuk bermain di liga-liga luar negara adalah ketinggian gaji yang mereka miliki di Malaysia. Hampir semua peminat bola sepak tempatan sedia maklum dengan kenyataan ini.

Bagaimanapun nilai spesifik gaji pemain-pemain di Liga Malaysia masih lagi menjadi teka-teki di kalangan peminat. Apa yang peminat boleh lakukan adalah mengagak julat gaji yang diterima pemain berdasarkan status beliau dalam bola sepak tempatan dan maklumat dari orang dalaman.

Bagaimana pula jika maklumat sensitif ini didedahkan secara meluas di media sosial? Inilah yang berlaku kepada pemain-pemain Kedah FA baru-baru ini.

Ketika ini senarai nilai gaji yang diterima oleh pemain-pemain Kedah sedang tersebar dengan meluas di arena media sosial dan aplikasi Whatsapp. Dipercayai dokumen ini disebarkan oleh staf Kedah FA sendiri kerana maklumat ini hanya mampu diakses oleh mereka.

Inilah dokumen senarai nilai gaji pemain Kedah musim 2018 yang terbocor di media sosial.

Daripada dokumen ini, jelas dua pemain import kreatif tengah Kedah - Sandro Mendonca dan Liridon Krasniqi - meraih gaji tertinggi dalam pasukan Lang Merah itu. Mereka masing-masing menikmati gaji sebanyak RM128, 670 - peningkatan 1% daripada gaji mereka pada musim 2017.

Bagi pemain tempatan pula, seperti yang dijangka pemain berprofil tinggi yang juga merupakan Pemain Paling Bernilai dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2017, Baddrol Bakhtiar meraih gaji tertinggi iaitu sebanyak RM77,109. Jumlah ini meningkat 2% daripada gaji yang dinikmati beliau pada musim 2017.

Sementara itu pemain muda yang mencuri tumpuan dalam kejohanan AFC Bawah-23 2018 di China, Akhyar Rashid menerima peningkatan gaji paling tinggi dalam skuad Kedah pada musim ini. Bermula dengan gaji sebanyak RM2,408, gaji adik bekas pemain Kedah, Rafdi Rashid ini menerima peningkatan gaji sebanyak 86% kepada RM16,869.

Dokumen ini juga turut mendedahkan Kedah memperuntukkan antara USD15,000-20,000 (RM58,623-78,164 berdasarkan kadar tukaran mata wang asing USD-Ringgit ketika artikel ini ditulis) untuk 2 lagi pemain import mereka.

Ini bermakna pemain pertahanan tengah Filipina, Alvaro Silva dan seorang lagi pemain yang bakal dibawa masuk bakal menerima gaji dalam julat ini.

Jika senarai nilai gaji ini tepat seperti yang tertera dalam dokumen ini, Kedah membelanjakan kira-kira RM1.3 juta sebulan untuk gaji pemain mereka. Ini bermakna bajet semusim Kedah FA untuk gaji pemain (termasuk KWSP dan Socso) mungkin mencapai jumlah antara RM15-20 juta semusim.

Kredit

✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FEMaA7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.