Hi! Welcome Back and Stay Tune! KGI : Samsung Galaxy Note 9 Mungkin Tidak Sertakan Pengimbas Cap Jari Bawah Skrin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KGI : Samsung Galaxy Note 9 Mungkin Tidak Sertakan Pengimbas Cap Jari Bawah Skrin

Dengan perkembangan skrin nirbingkai, salah satu perkara yang turut dilihat oleh ramai pengeluar adalah penggunaan pengimbas cap jari bawah skrin, sekaligus menjimatkan penggunaan ruangan pada peranti.

Sebelum ini, ramai menyasarkan peranti keluaran tahun ini akan hadir bersama-sama dengannya, malah beberapa prototaip peranti dengan teknologi seumpamanya telah diperlihatkan ketika MWC 2018.

Kini, bercakap mengenainya, penganalisa popular, KGI mengatakan gergasi Korea Selatan, Samsung telah membatalkan perancangan untuk menyertakan pengimbas cap jari dibawah skrin pada Galaxy Note 9 akan datang.

Pembatalan ini dikatakan disebabkan oleh masalah teknikal. Penggunaan teknologi ultrasonik mahupun optikal gagal mencapai apa yang diperlukan oleh Samsung. Antara cabaran yang dihadapi adalah termasuk apabila pelindung skrin tambahan digunakan pada skrin Galaxy Note 9, selain turut mengambil-kira kadar kejituan imbasan cap jari, serta penggunaan tenaga bateri.

Dengan penangguhan pada Galaxy Note 9, kita mungkin hanya akan melihatnya pada 2019 kelak.

Apa pun, seperti biasa, ini laporan awal daripada pihak penganalisa, dan tiada komen rasmi Samsung berkaitan Galaxy Note 9 buat masa ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DdVyp9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.