Hi! Welcome Back and Stay Tune! Plug-in: Selepas Switch, Giliran Machines Kasi Diskaun Tak Masuk Akal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Plug-in: Selepas Switch, Giliran Machines Kasi Diskaun Tak Masuk Akal

Plug-in: Selepas Switch, Giliran Machines Kasi Diskaun Tak Masuk Akal

Ini masanya untuk anda membeli model iPhone dengan harga yang lebih murah. (Gambar: Rabbisacks)

Minggu lalu kecoh satu Malaysia apabila sebuah pengedar rasmi produk Apple membuat jualan gudang sehingga mencetuskan ‘tsunami’ manusia di pusat membeli belah MyTown, Cheras, Kuala Lumpur.

Kekecohan ini berpunca apabila beberapa produk Apple termasuk iPhone dijual dengan harga murah. Bayangkan peranti iPhone 5S 32GB dijual hanya pada harga RM200.

Malangnya jualan gudang itu terpaksa dihentikan kerana jumlah pembeli yang beratur melebihi jumlah yang dijangka.

Malah, ia terpaksa membabitkan pihak polis bagi mengawal keselamatan kesemua pihak.

POTONGAN HARGA HINGGA RM1,000

Promo ini hanya tertakluk pada model iPhone 8 dan iPhone X sahaja.
Bagaimanapun, kejadian berkenaan tidak menghalang satu lagi pengedar Apple iaitu Machines apabila ia turut membuat promosi potongan harga.

Diskaun yang diberikan pula bukan sedikit sebaliknya mencapai RM1,000. Jualan ini membabitkan dua produk iaitu iPhone 8 dan iPhone X.

Berdasarkan promosi ini, ia dilihat lebih sistematik kerana Machines hanya memberi potongan harga berkenaan kepada ahlinya menerusi emel.

Pihak Machines akan menghantar emel kepada yang terpilih bermula jam 10 pagi hingga 10 malam esok.

SATU KOD UNTUK SATU UNIT

Selain itu, kod promo ini juga hanya boleh digunakan menerusi pembelian atas talian dan hanya satu unit saja boleh dibeli.

Pemberian diskaun ini terhad pada model iPhone 8 255GB dan iPhone X 64GB untuk kesemua variasi warna.

Untuk anda yang telah mendaftar sebagai ahli Machine, silalah semak emel bermula jam 10 pagi esok! 
 



Sumber Plug-in: Selepas Switch, Giliran Machines Kasi Diskaun Tak Masuk Akal

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2p0xnWM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.