Hi! Welcome Back and Stay Tune! Satu Malam Di Bandar KOTA JESSELTON. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Satu Malam Di Bandar KOTA JESSELTON.

Cantik digambar tapi alam nyata sangat menyedihkan.

Oleh Musli Oli

Malam ini suasana bandar Jesselton agak tenang. Saya memandu menyusuri Jalan Pantai menuju ke arah Hotel Capitol. Restoran Bak Kut Teh sudah mula lengang dan pekerja sedang membersihkan kerusi meja. Kelihatan di kiri kanan jalan, beberapa kumpulan pelancong "orang putih" sedang berjalan ke destinasi masing-masing. Barangkali mereka sedang mencari Pub atau tempat hiburan yang tumbuh seperti cendawan di musim hujan.

Tourism adalah 'big business' di bandar Jesselton. Industri pelancongan mencipta peluang perniagaan dan pekerjaan. Telah banyak hotel-hotel budget di sekitar Gaya Street menyediakan bilik-bilik murah dan sederhana. Pantai Street dan Gaya Street barangkali tidak lama lagi akan menjadi 'tourist city' jika dirancang dengan baik.

Sabah mencatat kadar peningkatan jumlah pelancong yang tinggi. Selain pelawat dari negara Eropah, Amerika dan Australia, pelancong dari Asia Timur terutama dari Taiwan, Jepun, Korea dan China juga meningkat. Tidak termasuk pertambahan 'china d0ll' yang berkeliaran di sekitar Kampung Air.

Sudah lama saya tidak merayau di bandar Jesselton. Maklumlah umur sudah meningkat. Minat mencari hiburan tidak seperti dulu. Kawan-kawan sebaya pun sudah ramai jadi ahli masjid. Ramai yang sudah bergelar Pak Haji. Ada yang sudah jadi YB dan menteri seperti Datuk Musbah. Malam ini saya keluar mencari ilham. Tetapi saya amat terkejut. Saya seolah-olah berada di negara asing di bandar Jesselton.

Kedai-kedai yang asalnya kedai kopi biasa di sekitar Bandaran Berjaya telah bertukar menjadi Pub! Gadis-gadis pelayan dalam samar-samar cahaya lampu, kelihatan cantik. Mereka sentiasa melontar senyuman dan tangan melambai setiap kali kereta saya lalu depan mereka. Siapakah gadis-gadis ini? Apakah gadis tempatan atau gadis Tagalog atau Visaya dari Filipina?

Kedai yang dulunya terang benderang sekarang disediakan lampu lip-lap, lampu warna-warni, dan menjual minuman aramai tii dan sebagainya. Tahniah kepada Datuk Bandar Jesselton!

Ketika berhenti sekejap depan Hotel Capitol, terkenang nostalgia zaman USNO. Pada masa itu, Hotel Capitol dan hotel Jesselton di Gaya Street, hanya dua hotel yang bertaraf 3 atau 4 bintang. Hotel-hotel inilah kerap di kunjungi pemimpin USNO dan pengikutnya. Selepas itu baru dibina Kinabalu International Hotel atau terkenal dengan nama KIH. Sekarang Hyatt hotel.

"Bos ada handfon baru...", saya terkejut dengan teguran dari arah belakang. Seorang pemuda berbangsa Filipina menghampiri saya menunjukkan dua set handfon. Saya pasti ianya set palsu dari China. Pernah juga saya tertipu membeli di kawasan Chow Kit Kuala Lumpur. Tidak sampai seminggu, handfon harga RM500 itu rosak dan tidak berfungsi. Penjualnya juga bangsa Filipina dari Sabah.

Ayah Gloria Macapagal pernah menuntut Sabah sebagai wilayah Filipina. Sekarang anaknya berjaya dan bandar Jesselton sudah di miliki rakyat Filipina!

Bangsa Filipina yang mendapat IC Projek sebenarnya bukan sahaja menimbulkan masalah jenayah di Sabah tetapi juga 'mengimpot' masalah itu ke Kuala Lumpur. Bila ada berita orang Sabah melakukan jenayah di KL, saya pasti golongan ini yang bertanggungjawab kerana mereka tidak berpelajaran dan kurang berdisplin. Golongan ini kerap melakukan jenayah dan pergaduhan di mana sahaja mereka berada.

Jam 12 malam pun ada orang jual handfon, bisik hati saya. "Tidak apa. Pak Cik ada banyak handfon...", saya menolak tawaran dengan baik. Pemuda itu perhati saya dengan mata yang tajam. Tidak lama muncul dua orang rakannya dari belakang kereta. Mereka seolah-olah sedang bergaduh. Barangkali lakonan. Saya terhidu masalah. Saya segera masuk ke kedai 7 Eleven.

Saya keluar selepas mereka beredar. Kereta saya menuju ke arah Kampung Air. Sepanjang jalan depan mahkamah tinggi Kota Kinabalu terdapat beberapa kumpulan remaja Filipina. Saya memperlahan kereta setiap kali mereka lalu kerana remaja yang berusia lingkungan 12 hingga 17 tahun ini tidak takut dengan kereta. Ada pemandu akan memberhentikan terus kereta kerana secara sengaja remaja ini berdiri depan jalan. Tiada perasaan takut atau gentar di wajah mereka!

Saya teringat masalah 'street kids' di bandar Sao Paulo Brazil. Apa jadi dengan bandar Jesselton? Selama hampir sejam saya memandu tidak sebuah kereta peronda polis yang lalu di kawasan Pantai Street dan Kampung Air. Apakah hanya kebetulan malam ini polis peronda sedang rehat?!

Bandar Jesselton di penuhi 'street kids' Filipina. Ada yang kata mereka ini 'stateless kids'. Oleh kerana tidak dapat melanjut pelajaran ke tingkatan 1, kerana masalah status kerakyatan, mereka menjadi penyumbang penyakit sosial. Ada yang menjual rokok dan berkerja di kedai kopi tetapi kebanyakannya terlibat dengan jenayah seperti meragut dalam usia masih 13 atau 14 tahun!

Saya tidak fikir keselamatan pelancong asing tapi selamatkah anak-anak saya di bandar Kota Jesselton?

Sumber

✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DfBSkL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.