Hi! Welcome Back and Stay Tune! Motorola Dijangka Hadir Dengan Moto Mods Berbentuk Set Realiti-Maya Tidak Lama Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Motorola Dijangka Hadir Dengan Moto Mods Berbentuk Set Realiti-Maya Tidak Lama Lagi

Moto Mods merupakan salah satu penambahan kepada telefon pintar keluaran Motorola. Ia dihubungkan melalui sambungan magentik yang ditawarkan pada bahagian belakang peranti keluarga Moto Z, sekaligus menawarkan sejumlah ciri-ciri tambahan melaluinya.

Sebelum ini, kita sedia melihat penawaran pencetak gambar mudah-alih, kamera 360-darjah, penambahan bateri, dan sebagainya.

Moto Mods VR

Terkini, Motorola dilihat akan turut menawarkan sebuah set realiti-maya tidak lama lagi dibawah penawaran Moto Mods ini. Melalui gambar yang dikongsikan oleh @evleaks hari ini, peranti ini dilihat dipanggil dengan nama Virtual Viewer.

Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah penawarannya kelak. Adakah ia akan berfungsi seumpama Gear VR daripada Samsung, ataupun Motorola akan hadir dengan beberapa perubahan dan ciri unik bersama dengannya.

Dengan ketirisan gambar ini, kita mungkin boleh nantikan pengenalan Moto Mods baru ini tidak lama lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DfpPUe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.