Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suhu Sejuk Cecah -1 Celcius, Ketulan Ais Ditemui Di Puncak Gunung Kinabalu.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suhu Sejuk Cecah -1 Celcius, Ketulan Ais Ditemui Di Puncak Gunung Kinabalu..



KOTA KINABALU: Pembentukan ketulan ais dikesan berlaku untuk kali kedua tahun ini di puncak Gunung Kinabalu, awal pagi semalam.


Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Junaydie Sihan, berkata keadaan air bertukar menjadi ketulan ais itu ditemui malim gunung, Jomius Binte, kira-kira jam 6.30 pagi.


Beliau berkata, lazimnya ketulan ais terjadi apabila cuaca terlalu sejuk dengan suhu mencapai -1 dan -2 darjah Celsius di puncak gunung itu.


"Cuaca sejuk menyebabkan air yang bertakung menjadi ketulan ais. Kami jangka ketulan ais ini terbentuk sejak malam tadi (kelmarin). Ia bukan selalu berlaku di puncak Gunung Kinabalu.

"Selagi air yang bertakung tidak kering, ketulan ais ini boleh berlarutan hingga dua ke tiga hari," katanya ketika dihubungi.

PEMBENTUKAN ketulan ais buat kali kedua pada tahun ini di puncak Gunung Kinabalu, yang dikesan oleh malim gunung, awal pagi semalam. - Foto ihsan Persatuan Malim Gunung Kinabalu


Pembentukan ketulan ais di puncak gunung itu adalah kali kedua tahun ini selepas berlaku pada 8 Januari lalu.

Junaydie berkata, beliau tidak pasti jika ada faktor lain menyebabkan pembentukan ketulan ais di puncak Gunung Kinabalu.

Katanya, suhu di puncak Gunung Kinabalu ketika ini masih sejuk antara empat hingga lima darjah Celsius.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Fz2eQw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.