Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sebak, Anak Dilahirkan Tanpa Rahim, Ibu Sanggup Dermakan Rahimnya Kerana Mahu Anak Perempuannya Berpeluang Untuk Mengandung.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sebak, Anak Dilahirkan Tanpa Rahim, Ibu Sanggup Dermakan Rahimnya Kerana Mahu Anak Perempuannya Berpeluang Untuk Mengandung..


Beijing:Demi kebahagiaan anak, seorang wanita mendermakan rahimnya kepada anak perempuannya agar anaknya yang rahim tidak berfungi itu berpeluang mengandung dan melahirkan anak

Pembedahan wanita itu, Liang Juan, 29, dan ibunya, 51, berlangsung selama 15 jam di Hospital Xijing, wilayah Xi’an, pada 23 Disember lalu, membabitkan sepasukan 20 pakar bedah dari 10 jabatan.

Image result for Liang Juan, 29

Pembedahan itu turut menggunakan robot yang mengeluarkan rahim daripada ibu Liang sebelum dipindahkan kepadanya.

Menurut laporan Daily Mail, wanita itu mengalami masalah rahim tidak subur menjadikan rahim seseorang wanita itu tidak berfungsi atau tiada.


Menurut laman web tentera China, 81.cn, antara 30,000 hingga 40,000 bayi perempuan dilahirkan tanpa rahim atau kemaluan setiap tahun.

Liang Juan ialah wanita kedua di China yang berjaya menjalani pembedahan pemindahan rahim.

Wanita pertama, Yang Hua, yang ketika itu berusia 22 tahun, juga menjalani pembedahan di hospital yang sama pada November 2015. Dia menerima rahim daripada ibunya yang berusia 41 tahun.

South China Morning Post melaporkan, Liang Juan berkata, harapannya untuk memiliki anak sebelum ini musnah kerana dilahirkan tanpa rahim.

“Saya amat berterima kasih kepada ibu dan doktor. Ini usaha mereka bersama untuk saya mencapai impian menjadi seorang ibu,” katanya yang sedang pulih daripada pembedahan.

Liang akan menerima rawatan kesuburan persenyawaan (IVF) selepas pulih daripada pembedahan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi hospital berkenaan, Dr Chen Biliang berkata, kes kedua itu agak rumit berbanding pembedahan pertama sebelum ini.


“Ibunya sudah menopaus menyebabkan saluran darah keras. Ia rumit kerana sebaik rahimnya dipindahkan kepada anaknya, darah perlu mengalir lancar,” katanya.

Pada Mei tahun lalu, wanita 43 tahun di Pune, India, mendermakan rahimnya kepada anak perempuannya yang berusia 21 tahun melalui pembedahan pertama di India.

Menurut Dr Mats Brannstrom, seorang profesor perubatan di Universiti Gothenburg, Sweden, hanya enam bayi dilahirkan melalui rahim pindahan dengan dua oleh ibu yang sama.

Brannstrom mengetuai pasukan melakukan pembedahan pemindahan pertama yang berjaya pada 2014.


Malin Stenberg dari Sweden menjadi wanita pertama dunia melahirkan anak hasil pemindahan rahim yang diderma rakan keluarganya berusia 60-an. Dia melahirkan anak lelaki ketika berusia 36 tahun pada 2014.

Emelie Eriksson, juga dari Sweden, ialah wanita pertama penerima rahim ibunya melahirkan anak lelaki ketika berusia 28 tahun pada 2014.

Pembedahan pemindahan rahim yang berjaya amat jarang kerana prosesnya kompleks serta rumit dan pembedahan kedua di China ini, ialah yang ke-31 di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat, Brazil, Sweden, India, Jerman, Serbia, Republik Czech, Arab Saudi dan Turki. - Agensi


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FqbHgU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.