Hi! Welcome Back and Stay Tune! Agak-agak sekarang siapa yang tersepit? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Agak-agak sekarang siapa yang tersepit?

3 ahli Parlimen DAP fail usul minta speaker jawab soalan 1MDB
Melati A. Jalil · Diterbitkan pada 15 Mar 2018 1:42PM
Tiga ahli Parlimen DAP akan memfailkan usul bagi membahaskan keputusan speaker Dewan Rakyat yang menolak soalan dan usul berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

TIGA ahli Parlimen DAP akan memfailkan usul bagi membahaskan keputusan speaker Dewan Rakyat yang menolak soalan dan usul berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

Nga Kor Ming (DAP-Taiping) berkata mereka tidak akan memohon maaf, sebaliknya mahu Speaker Pandikar Amin Mulia untuk memberi penjelasan mengapa laporan ketua audit negara berhubung 1MDB diklasifikasikan sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi jika benar tiada penyelewengan berlaku, dan mengapa tiada usaha daripada kerajaan Malaysia untuk menuntut wang yang didakwa diseleweng daripada 1MDB seperti dalam dokumen saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ).

"Oleh kerana speaker tidak benarkan kami untuk bertanyakan soalan di Parlimen, kami cadangkan supaya beliau menjawab soalan-soalan kami," kata Nga di Parlimen hari ini. 

"Dan tidak ada sebab untuk minta maaf. Niat kami jelas dan tidak ada sebarang rasa kesal.

"Kami hormat speaker, tapi secara jujurnya percaya yang beliau di bawah tekanan hebat daripada kerajaan Barisan Nasional yang ingin menutup perkara ini. Kami akan terus mencari keadilan," katanya. 

Dalam sepucuk surat bertarikh 13 Mac, Pandikar meminta Nga, Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) dan V. Sivakumar (DAP-Batu Gajah) memohon maaf secara terbuka di Dewan Rakyat kerana menuduh beliau bersubahat menutup skandal rasuah.  

Beliau berkata ketiga-ketiga MP itu bakal berdepan tindakan yang keras sekiranya gagal untuk memohon maaf.  – 15 Mac, 2018.

Mana penyata kewangan 1MDB sejak 2014, soal Tony Pua
TMI · Diterbitkan pada 15 Mar 2018 12:47PM

1MDB semalam menafikan wang RM430 juta dipegang kerajaan Switzerland bukan milik mereka, hari ini Tony Pua menyifatkan penafian itu tidak boleh dipercayai kerana 1MDB tidak mengeluarkan penyata kewangan sejak 2014. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Mac, 2018.

AHLI Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mendesak 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengeluarkan penyata kewangan syarikat yang tidak didedahkan sejak 2014.

Selepas itu, barulah kenyataan dana pelaburan negara itu yang mendakwa “mereka tidak hilang wang dan semua wang masih ada bersama mereka” boleh dipercayai.

Tony mengulas kenyataan dikeluarkan 1MDB menafikan wang sebanyak RM430 juta dirampas pihak berkuasa Switzerland bukanlah milik dana pelaburan negara cetusan ilham Perdana Menteri Najib Razak itu.

“Jika wang 1MDB semuanya masih dalam jagaan, mengapa 1MDB tidak pernah mendedahkan sepenuhnya kewangan syarikat sejak 2014?

“Malah, 1MDB tidak pernah keluarkan akaun audit yang sah sejak Mac 2012 selepas Deloitte Malaysia menarik balik sokongan mereka untuk penyata kewangan 1MDB pada Mac 2013 dan 2014,” kata Tony dalam satu kenyataan hari ini.

Dana pelaburan Malaysia terpalit skandal kewangan yang mencetuskan siasatan di seluruh dunia itu semalam mengatakan, CHF104 juta (RM430 juta) yang kini dipegang Perbendaharaan Persekutuan Switzerland bukan milik 1MDB sebaliknya adalah denda yang dikenakan ke atas bank yang melanggar undang-undang kewangan negara itu. – 15 Mac, 2018.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2plveoE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.