Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenapa Mahathir Syok Sendiri Tuduh Orang Takut ‘Parti Tak Jadi’ Dia? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenapa Mahathir Syok Sendiri Tuduh Orang Takut ‘Parti Tak Jadi’ Dia?





Sekali lagi Mahathir umpama orang tua tak sedar diri apabila dia menuduh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak takutkan parti pimpinannya iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Mungkinkah akhirnya penyakit usia tua menyerang dia? Malah Mahathir sendiri mengakui yang PPBM tidak ramai anggota dan hanya dipimpin orang tua.

"Sejak ditubuhkan, kami parti baru dengan ahli yang sedikit, dan dipimpin mereka yang tiada pengalaman dan berumur 92 tahun.

"Tetapi Najib mahu lumpuhkan parti ini," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN di Parlimen.

Tuduhan Mahathir ini bertujuan untuk menyalahkan Najib atas kegagalan PPBM sendiri yang masih tidak menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen yang dikehendaki Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dalam tempoh 30 hari berkuatkuasa 28 Februari lalu.

Mungkin dahulu semasa zaman pemerintahannya, segala yang dia mahu akan diluluskan dengan mudah, cuma perlu beri arahan sahaja. Namun apabila ‘sistem diktator’ zamannya itu digantikan dengan sistem yang lebih adil mulalah Mahathir meroyan apabila terpaksa ikut saluran yang sama seperti orang lain untuk meluluskan pertubuhan PPBM.

Apabila gagal mendapatkan apa yang dimahukan, mulalah Mahathir tuding jari pada orang lain, walhal, masalah itu ditimbulkan olehnya dan partinya. Tak tahu malu sungguh! Ingatkan semua orang tidak ada kerja lainkah mahu meruntuhkan ‘parti tak jadi’ dia itu?

Kemudian bila ditanya apa plan seterusnya sekiranya PPBM gagal didaftarkan, dia menutup malu dengan mengakui ada plan B. Padahal sebenarnya jelas yang dia akan bertanding atas tiket DAP, cuma masih mahu mendapatkan kebenaran daripada Lim Kit Siang.

Inilah yang terjadi apabila Mahathir sudah nampak dengan jelas yang pembangkang bakal kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti. -TV14

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GzsfQZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.