Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isytihar Harta Kepada Invoke Meragukan - Penganalisis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isytihar Harta Kepada Invoke Meragukan - Penganalisis





Sejauh mana kesahihan pengisytiharan harta dibuat pemimpin Pakatan Harapan (PH) di bawah program Invoke Malaysia (Invoke)," soal Timbalan Penasihat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Salawati Mat Basir.

Ujarnya yang menganggap pengisytiharan berkenaan sebagai strategi politik PH demi meraih sokongan rakyat, selain diragui kebenarannya berikutan tiada pantauan dibuat agensi bertauliah.

"Bagi saya bolehlah buat pengisytiharan harta, tetapi sejauh mana menepati yang dimaksudkan pengisytiharan itu. Kita tidak tahu, jadi dia bersifat sangat subjektif dan lebih kepada untuk mendapatkan sokongan orang ramai terutama nak dekat pilihan raya ini supaya mereka dilihat bersih.

"Lebih kepada 'political mileage', lebih kepada nak dapatkan pandangan umum dan satu sokongan umum kepada mereka. Ini salah satu strategi dia.

"Pada saya, sebenarnya benda ini nampak jelas, macam saya kata tadi sejauh mana kebenaran yang dibuat (program) Rafizi Ramli ini, sebab tidak ada 'double check'. Tidak ada pihak yang pantau, tiada pihak berkecuali yang akan periksa semula," katanya ketika dihubungi media semalam.

Invoke, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) kendalian Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengesahkan telah menerima seramai 103 pemimpin PH yang telah mengisytiharkan harta menerusi badan itu, termasuk mereka yang berbuat demikian pada November tahun lalu.

Sebagai pertukaran pengiytiharan itu, mereka bakal menerima dana kempen PRU daripada badan itu.

Antara yang hadir dalam sesi pengisytiharan harta yang diadakan semalam adalah, 30 calon berpotensi dari PKR dan Amanah termasuk wakil rakyat bebas, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena.

Sementara, Mohamad Sabu semalam menjadi satu-satunya Presiden dikalangan empat parti gagasan pembangkang itu yang mengisytiharkan harta mereka di bawah program Invoke.

Mohamad, presiden Amanah yang lebih terkenal dengan panggilan Mat Sabu, menerusi akaun berkanun beliau menunjukkan beliau mempunyai wang tunai dan simpanan akaun deposit tetap berjumlah RM105,600.

Selain itu, Mat Sabu juga memiliki lima buah rumah dan sebidang tanah dengan nilai pasaran RM758,000.

Mengulas lanjut, Salawati berpendapat, jika benar telus pengisytiharan harta yang dibuat pemimpin gagasan itu, seharusnya ia bukan sahaja dipantau mahupun disemak semula, malah ia harus disertai surat hitam putih dari pihak-pihak yang tertentu.

Pengisytiharan harta menerusi inisiatif Invoke kendalian Rafizi itu bagaimanapun tidak melibatkan pimpinan tertinggi kesemua empat parti komponen PH.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FMelK3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.