Hi! Welcome Back and Stay Tune! MUHYIDDIN SEDIA TANDING KERUSI SELAIN PAGOH - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MUHYIDDIN SEDIA TANDING KERUSI SELAIN PAGOH

PAGOH – “Saya orang lama, tiada masalah saya bertanding di mana-mana,” itu jawapan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika diminta mengulas ‘cakap-cakap politik’ yang mendakwa beliau bakal meninggalkan kerusi parlimen Pagoh.

Bekas pemimpin tertinggi Umno itu mengakui masih ramai menginginkan beliau untuk terus kekal di parlimen itu dan sentimen berkenaan sedang diambil kira.

Bagaimanapun katanya, keputusan itu akan dibuat tidak lama lagi dan memberi bayangan pengumuman terbabit akan dibuat di mana-mana program jelajah parti yang dianggap bersesuaian.

“Saya bersedia diletakkan di mana-mana pun. Saya orang lama jadi tak ada masalah bertanding di mana kawasan sekalipun.

“Sememangnya Pagoh ini kawasan lama dan ramai rakyat di sini yang minta saya bertanding, tapi itu sentimen, kehendak dan sokongan yang saya jangka saya boleh perolehi di mana-mana kerusi pun untuk capai kemenangan,” katanya pada sidang media, sebentar tadi.

Sebelum ini, beberapa nama besar hangat diperkatakan sebagai calon di kerusi parlimen Muar yang menjadi kubu BN dalam usaha menumbangkan kerajaan sedia ada pada PRU nanti

Selain Muhyiddin, nama ketua pemuda bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga antara calon yang disebut.

Pada PRU13, Muhyiddin yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, telah mempertahankan kerusi parlimen Pagoh dengan majoriti 12,842 undi, mengalahkan lawannya daripada Pas, Mohd Rozali Jamil.

Manakala Muar kini dipegang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim yang menang di kerusi itu sejak tiga penggal lalu.

– www.sinarharian.com.m

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DA71zs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.