Hi! Welcome Back and Stay Tune! WAN SAIFUL, MASZLEE HANYA TARIK UNDI BANDAR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

WAN SAIFUL, MASZLEE HANYA TARIK UNDI BANDAR

Pemerhati politik mempunyai pandangan yang berbeza mengenai kemasukan tokoh akademik dan penganalisis ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Walaupun dikenali ramai, kemasukan ahli akademik Dr Maszlee Malik dan penganalisis politik Wan Saiful Wan Jan ke dalam BERSATU dilihat mungkin tidak memberi kesan besar kepada sokongan pengundi Melayu, kecuali jika diletakkan bertanding di kawasan yang betul.

Menurut Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof Madya Lt Kol Ahmad Ghazali Abu Hassan sekiranya kedua-dua mereka bertanding di kawasan bandar, mereka mungkin boleh menarik undi di kawasan itu.

“Mereka golongan intelektual, mudah untuk mereka menang di kawasan Melayu urban kerana mereka bercakap bahasa yang sama dan Melayu urban faham keadaan politik semasa.

“Kalau deal dengan kawasan pedalaman Melayu, saya tak pasti mereka boleh yakinkan sudut pandang parti mereka, jika boleh jadi terimalah. Apa pun mereka cuma calon dari ahli akademik.

“Bagi saya mereka sama dengan calon-calon lain. Peluang menang 50-50 peratus,” katanya kepada Malaysiakini.

Awal bulan lalu Wan Saiful mengumumkan menyertai BERSATU dan dilantik sebagai timbalan ketua strategi parti itu.

Sebelum menyertai BERSATU, Wan Saiful adalah ahli seumur hidup PAS dan pengasas serta ketua pegawai eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) yang ditubuhkan pada 2010.

Beliau juga adalah felo kanan pelawat di Iseas-Ishak Yusof Institute di Singapura.

Tarik pengundi atas pagar

Sementara itu, seminggu selepas kemasukan Wan Saiful, Isnin lalu Maszlee yang juga seorang Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan tokoh Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) pula menyusul menyertai parti politik sama.

Menurut Maszlee, BERSATU memainkan peranan untuk memastikan kehadiran ‘tsunami Melayu’.

Jelas Maszlee, ini kerana tidak ada sesiapa yang dapat menjangka kemunculan BERSATU untuk mendapatkan undi Melayu, sekali gus memadam rasa ketakutan mereka.

Tambah Maszlee, keputusan PRU akan datang menentukan masa depan politik negara dan ia boleh dijangka berdasarkan pengalaman pembangkang di masa lalu.

Dalam perkembangan sama, penganalisis politik Dr Mohd Atory Hussain pula berpendapat penyertaan kedua-dua individu itu memberikan kelebihan kepada BERSATU terutamanya kepada golongan muda serta pengundi atas pagar yang berjumlah lebih empat juta.

Menurutnya, penyertaan Wan Saiful dan Maszlee dalam BERSATU menurutnya turut memberikan ketakutan kepada BN bagi menghadapi PRU14.

“Saya rasa memang pihak BN rasa bimbang dengan kemunculan mereka ini dalam pembangkang terutamanya apabila parti pembangkang bersatu di bawah empat parti dan hanya PAS tak memihak pada HARAPAN.

“Kalau PAS memihak pada HARAPAN, bak kata orang kampung, BN boleh bungkus,” katanya.

Atory bagaimanapun tidak menganggap BERSATU dapat mewujudkan ‘tsunami Melayu’ kerana katanya pihak BN juga sering menyatakan perkara yang sama.

“Bunyinya kalau kita tengok kedua-dua pihak baik pembangkang dan kerajaan, pengundi semua mahukan tsunami (Melayu).

“Kalau Pakatan Harapan jangka akan berlaku tsunami, BN pun kata tsunami Melayu akan berlaku,” katanya.

Sokongan kawasan bandar

Penganalisis politik bebas Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat turut memberikan pendapat yang sama dengan Atory iaitu Wan Saiful dan Maszlee mampu menarik undi golongan muda terutamanya pengundi atas pagar terhadap HARAPAN.

Katanya, perkara itu berlaku selepas terdapat perpecahan dalam Umno dan PAS sehingga wujudnya Parti Amanah Negara (AMANAH) dan BERSATU.

Katanya, kumpulan itu bergerak sehingga mewujudkan kesedaran Melayu baru selain turut dipengaruhi politik baru yang terjadi pada 2008.

Baca Antara kata dan kota Najib


“Bila sebut orang muda, adalah (sering dikaitkan dengan) kepembangkangan dalam diri mereka. Jadi idea-idea menyelamatkan negara, idea-idea HARAPAN boleh bagi satu kemajuan baru kepada negara, pergerakan politik baru.

“Jadi merancakkan perkembangan baru dan beri riak awal untuk menghadapi PRU nanti. Orang muda sekarang ini sudah berubah.

“Mereka bersedia menerima idea menukar kerajaan pada tahap yang lebih majoriti daripada sebelumnya kerana perkembangan politik baru semenjak 2008 itu sudah berevolusi sampai sekarang,” katanya.

Tidak dikenali rakyat biasa

Sementara itu bagi Ketua Kluster Politik, Keselamatan & Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak pula berpendapat kedua-dua mereka boleh mendapat sokongan sekiranya diletakkan di kawasan bandar.

Beliau bagaimanapun, menolak hujah bahawa penyertaan Wan Saiful dan Maszlee dapat menarik undi orang Melayu.

“Mereka ini mungkin dikenali di kawasan elit tapi mungkin tidak dikenali oleh rakyat biasa.

“Jadi saya tak begitu yakin yang mereka boleh tarik begitu ramai pengundi kerana ia banyak bergantung kepada populariti mereka di kawasan yang mereka tandingi,” katanya.

Mustafa turut melihat penyertaan Wan Saiful dan Maszlee tidak dapat mengubah landskap politik negara kerana kehadiran ahli akademik, korporat dan pelbagai latar belakang ke dalam bidang politik adalah perkara biasa.

“Saya tak fikir mereka boleh mengubah landskap secara significant. ini perkara biasa sahaja kerana ini bukan pertama kali ahli akademi menyertai politik. Selama ini pun ramai yang masuk bertanding.

“Orang anggap ini perkara biasa sahaja. Mereka tak ada kesan yang besar terhadap masyarakat dan mana-mana pihak,” katanya.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DAnfs5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.