Manifesto Pakatan Harapan Gagal Sebelum Bertanding
Sudah empat hari Pakatan Harapan (PH) mengumumkan manifestonya dengan menjanjikan 10 perkara kononnya untuk meringankan beban rakyat namun ternyata ia tidak berjaya menarik perhatian rakyat. Jika dulu, menerusi Buku Jingga, rakyat tertarik kerana ia menjanjikan banyak janji palsu namun kali ini, manifesto PH tidak mempunyai "umpph" lagi.
Ia gagal menarik perhatian rakyat kerana kebanyakan isinya lebih kurang sama dengan kandungan bajet alternatif 2018 yang diumumkan oleh PH pada tahun lepas.
Malah kebanyakan isi dalam manifesto PH yang mengandungi 10 perkara itu adalah salin kulit sahaja daripada apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tidak hanya sekadar janji manis sahaja, beberapa perkara dikatakan akan dilaksanakan dalam masa 100 hari jika PH menguasai negara manakala 60 perkara lain akan dilaksanakan dalam masa lima tahun. Peliknya, PH sepatutnya melaksanakan dulu perkara berkenaan di Pulau Pinang dan Selangor, iaitu dua negeri yang dikuasai mereka namun mereka tidak melakukannya.
Jika di Selangor dan Pulau Pinang pun mereka tidak mampu melaksanakannya, inikan pula mahu melaksanakannya di seluruh negara. Dalam masa 10 tahun pun tidak dapat buat di dua negeri yang pembangkang sudah perintah, macam mana hendak laksanakan semua benda dalam masa 100 hari di 14 negeri di Malaysia?
Apa yang pasti, kebanyakan janji manifesto yang diumumkan PH sudahpun dan sedang dilaksanakan oleh BN malah 97.6 peratus manifesto yang diumumkan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu sudah pun dilaksanakan oleh Datuk Seri Najib Razak.
Justeru itu, apabila ia dipandang sepi oleh orang ramai, maka ia merupakan petanda bahawa manifesto PH tidak mampu menarik perhatian rakyat dan tidak laku langsung. Kalau dilihat dalam media sosial, rakyat biasa tidak peduli akan manifesto mereka, hanya kumpulan penyokong tegar PH sahaja yang sibuk memainkan isu manifesto PH.
Kenapa rakyat memandang sepi? Kerana mereka kecewa disebabkan kerajaan negeri Selangor yang diketuai PKR dan Pulau Pinang yang diketuai DAP tidak mampu memberikan contoh yang baik. Masalah air umpamanya. Krisis air pada hujung minggu lalu telah cukup mengajar penduduk akan maksud janji palsu PH.
Krisis air itu merupakan kemuncak kemarahan penduduk. Mereka marah kerana Menteri Besarnya, Azmin Ali yang masih mempolitikkan isu air meskipun ia merupakan kemudahan asas penduduk. Begitu juga di Pulau Pinang, slogan CAT (Cekap, Kebertanggungjawaban dan Telus) yang dilaungkan oleh kerajaan yang dipimpin oleh Lim Guan Eng telah dimasukkan dalam tong sampah.
Pemimpinnya sendiri tidak menghormati slogan itu. Cakap tidak serupa bikin. Guan Eng kini sedang berdepan perbicaraan dua kes rasuah di mahkamah melibatkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhorn, di bawah nilai pasaran.
Selain itu, Guan Eng juga kini diseliputi dengan skandal terowong bawah laut Pulau Pinang. Zenith, syarikat yang buat terowong sudah mengaku beri rasuah RM22 juta kepada dua individu. Kenapa hendak bagi rasuah kalau projek itu tiada masalah? Disebabkan isu-isu ini, rakyat jadi muak kerana kebajikan mereka terus diabaikan oleh pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang.
Apa gunanya jika beribu-ribu manifesto dilafazkan tapi isu utama iaitu air dan rasuah gagal dibendung oleh PKR dan DAP. Jangan percayalah manifesto pembangkang. Sebelum bertanding lagi, rakyat sudah tahu manifesto itu sudah gagal sepenuhnya.
Mahathir selalu sebut dulu "kepimpinan melalui tauladan", jadi lihatlah apa tauladan yang PKR dan DAP telah buat pada rakyat di Selangor dan Pulau Pinang? Bukan tauladan yang baik untuk diikuti dan dipercayai.
Beruang Biru
Selasa
13 Mac 2018
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2HH4SV8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment