Sherry Ibrahim Bengang Dengan Pereka Pelamin
Selesai sudah majlis persandingan terakhir Fattzura kelmarin, tiba-tiba dunia hiburan dikejutkan dengan berita Sherry Ibrahim menyelar tindakan perunding perkahwinan terkenal, Rekateemor mengaitkan namanya dengan perkahwinan pasangan tersebut di media sosial.
BACA: Sherry Ibrahim Ambil Masa Untuk Bercinta
Seperti sedia maklum, selain Neelofa, Sherry juga pernah bercinta dengan Fattah Amin namun hubungan itu tidak kesampaian. Menerusi posting itu, Rekateemor bertanya kepada Sherry, adakah beliau sudah melihat perkahwinan Fattzura.
Tanpa usul periksa, Sherry terus berang dan memuat naik status menyelar tindakan perunding perkahwinan no.1 Malaysia itu dan menganggap tindakan mengaitkan namanya sebagai biadap. Malah Sherry turut meminta pihak Rekateemor membuat permohonan maaf.
Namun hasil penyiasatan kami, pendapat Sherry itu tidak disokong ramai. Ramai beranggapan Sherry terlalu mengikut emosi dengan menyelar pihak perunding perkahwinan itu tanpa cuba menyelesaikan dengan cara baik dahulu.
Manakala, di akaun Instagram Rekateemor pula, pihaknya menjelaskan bahawa akaun media sosial mereka telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab, sekaligus menabur fitnah kepada Sherry. Ramai memuji tindakan perunding perkahwinan itu yang profesional.
Buat masa ini Sherry masih berdiam diri dengan penjelasan yang dibuat oleh pihak Rekateemor. Harapnya hal ini dapat diselesaikan dengan cara baik, mungkin selepas ini lebih berfikiran positif kerana segala hal boleh ditanya terlebih dahulu sebelum menyerang melulu. (rtky/w)
Video panas artis Malaysia
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FPME3g
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment