Hi! Welcome Back and Stay Tune! Barang 'Reject' Dalam Talian Ini Masih Berbaloi Dibeli, Boleh Tawar Menawar! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Barang 'Reject' Dalam Talian Ini Masih Berbaloi Dibeli, Boleh Tawar Menawar!

Barang 'Reject' Dalam Talian Ini Masih Berbaloi Dibeli, Boleh Tawar Menawar!

Rupanya barang 'reject' dalam talian juga boleh dibeli di pusat membeli belah Galaxy Ampang, Selangor. (Gambar: Adelia Amin)

Siapa kata barang 'reject' tidak berkualiti? Ada yang berpandangan barang sebegini tidak boleh digunakan lagi.

Jika sebelum ini, orang hanya melihat barang jenis ini hanya mempunyai standard dijual di pasar malam mahupun kedai tertentu tetapi kini, ia turut menjadi tumpuan pembeli menerusi dalam talian.

Sebenarnya, pelbagai barang jenis ini sama ada pakaian, beg tangan, kasut termasuk barang kelengkapan rumah seperti lampu, sofa dan barangan elektrik berbaloi untuk dibeli kerana faktor harga yang lebih murah.

'REJECT' TAPI MASIH OKAY

Pelbagai jenis kasut dan beg yang masih elok dijual pada pengunjung.

Mungkin ramai pengguna terfikir mengapa barang 'reject' masih dijual pada orang ramai meskipun ia mempunyai kecacatan pada produk berkenaan yang mengakibat kualitinya juga terjejas.

Namun, persepsi sebegini bukan menjadi perkara besar untuk orang ramai ambil peduli jika mereka mencari sesuatu barang yang sama tetapi ia masih elok untuk digunakan.
 
Malah, ketegori barang 'reject' kini bukan saja terhad pada produk dari gudang atau kilang tetapi dari dalam talian juga menarik perhatian orang ramai untuk membeli.

Bagi mereka mencari barang sebegini, boleh berkunjung ke Galaxy Ampang berhampiran dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.

Menurut jurujual kedai berkenaan, barangan di situ kebanyakannya adalah 'reject' item dari platform jualan dalam talian dan beberapa tempat di seluruh negara.

Menariknya, kebanyakan barangan yang terdapat di sini adalah masih baru cuma keadaan barang ada terdapat sedikit kerosakan seperti tiada kotak atau kemek sedikit.

DISKAUN SAMPAI 70 PERATUS!

Antara barang elektrik seperti mesin basuh yang boleh dibeli pada harga lebih murah.

Pelbagai kelengkapan yang boleh didapati di sini antaranya mesin basuh, peti ais, televisyen, permainan kanak-kanak, kasut berjenama dan pelbagai produk untuk bayi seperti susu dan lampin.

Difahamkan, kedai berkenaan baru sahaja dibuka sejak setahun yang lalu dan item yang paling laris adalah televisyen dan peti ais.

Bagi soal harga pula, 'diskaun' sebanyak 50 sehingga 70 peratus lagi murah daripada harga asal.

Ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan mahu berjimat, anda digalakkan datang ke kedai ini kerana lampin seperti jenama Drypers, Mamypoko dan Petpet banyak dijual di sini.

Bukan itu saja, pelbagai barangan yang dijual di sini bukan saja pada harga murah tetapi lebih menarik, pembeli boleh tawar-menawar!

"Barangan seperti peti ais dan televisyen mendapat permintaan yang cukup tinggi di sini. Baru sahaja bawa masuk, dah ada orang letak deposit. Kebanyakan pelanggan di sini adalah penduduk di sekitar Ampang dan paling jauh dari selatan," ujar penjual itu lagi.

Susu untuk bayi antara barang yang berbaloi untuk dibeli.

Seorang pelanggan yang ditemui Rojak Daily Skop! yang mahu dikenali sebagai Asmah, 32, berkata dia kerap datang ke premis berkenaan untuk membeli kelengkapan asas anak-anaknya seperti lampin dan susu.

"Setiap dua minggu saya akan ke sini untuk membeli 'pampers' dan susu. Walaupun stok tidak banyak tetapi harga yang ditawarkan sangat murah daripada harga pasaran.

"Di samping boleh berjimat, premis ini juga adalah sebagai alternatif untuk mendapatkan barangan dalam talian secara terus tanpa perlu menunggu item di pos ke rumah," katanya.

Jangan terkejut, helmet juga dijual pada harga lebih murah.

Info:

* Masa operasi: Setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam
* Alamat: Galaxy Ampang Shopping Centre, 3A-2, Jalan Dagang 5, Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor.
 



Sumber Barang 'Reject' Dalam Talian Ini Masih Berbaloi Dibeli, Boleh Tawar Menawar!

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GaKKeg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.