Cara Berkesan Panjang & Lentikkan Bulu Mata
Salah satu aset terpenting bagi manusia adalah mata. Terutamanya buat para wanita, kerana mata memainkan peranan untuk ‘menggoda’ sesiapa sahaja yang melihatnya. Malah, bulu mata yang panjang dan lentik adalah idaman setiap wanita.
Bulu mata yang panjang dan lentik membuatkan seseorang wanita itu nampak sangat cantik dan menarik, malah pandangan mereka yang memiliki bulu mata panjang dan lentik ini nampak lebih menggoda dan seksi!
Bagi anda yang memiliki bulu mata yang kurang panjang dan lentik, mungkin anda boleh amalkan beberapa cara ini bagi memanjangkan bulu mata anda.
Sikat dengan kerap
Sikat bulu mata dengan kerap dan anda akan lihat hasilnya, mungkin ada diantara anda yang biasa menyikatnya, namun tetap tidak panjang. Ini mungkin kerana anda hanya melakukannya ketika memakai kosmetik dan tidak melakukannya setiap hari.
Sapu Vaseline setiap malam
Produk ‘petroleum jelly’ seperti vaseline boleh digunakan untuk membantu pertumbuhan bulu mata. Ambil sedikit Vaseline mengguna cotton bud atau berus maskara. Kemudian sapu pada bulu mata sebelum tidur. Ianya mampu membantu bulu mata anda tumbuh dengan lebat.
Minyak semulajadi
Minyak zaitun, minyak kelapa, minyak jojoba dan minyak castor mengandungi mineral, vitamin dan agen pemanjang. Ia bukan sahaja membantu memanjangkan bulu mata malah melembapkannya.petua panjangkan bulu mata, panjangkan bulu mata, bulu mata lentik, bulu mata panjang, petua bulu mata lentik
Sapu vitamin E
Vitamin E membantu pertumbuhan dan memanjangkan bulu mata. Sapu losyen yang mengandungi vitamin E pada bulu mata untuk memanjangkannya. Boleh lakukannya setiap malam bagi mendapatkan hasil yang diingini.
Makan biotin
Ambil vitamin B Kompleks dipanggil Biotin. Ia juga terdapat dlam makanan seperti avocado, keju, kobis bunga, almond, sayuran hijau, serta kacang.
Ia berkesan bukan saja untuk panjangkan bulu mata, tetapi boleh juga memanjangkan serta menyihatkan rambut.
Teh hijau
Jika kurang selesa dengan minyak, boleh juga guna teh hijau untuk panjangkan bulu mata. Basahkan cotton swab dalam teh hijau dan tekap pada bulu mata. Bilas dengan air bersih sebaik saja anda bangun tidur.
Produk Lash Accelerator
Ada produk maskara yang dilengkapi dengan ‘Lash Accelarator’ seperti Rimmel London. Hanya sapukan pada bulu mata dan bulu mata pasti nampak panjang dan tebal.
Lakukannya dengan kerap dan anda pasti akan mendapat kesan yang diingini. Selamat mencuba ya!
Sumber: Petuaibu.com
The post Cara Berkesan Panjang & Lentikkan Bulu Mata appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DfVN2E
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment