Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja ditemui tergantung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja ditemui tergantung

Seorang remaja lelaki ditemui maut tergantung pada palang besi sebuah taman permainan kanak-kanak, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, pihaknya mengetahui kejadian tersebut selepas seorang lelaki menghubungi Balai Polis Labis jam 7.50 pagi bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

“Klinik Kesihatan Labis telah datang dan sahkan mangsa yang berumur 18 tahun telah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Segamat untuk proses bedah siasat.

“Mangsa ditemui tergantung menggunakan baju yang diikat pada palang besi taman permainan berkenaan dan setakat ini tiada sebarang unsur jenayah yang boleh mengaitkan kematian mangsa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta supaya menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.

The post Remaja ditemui tergantung appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oVu3MM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.