'Buat Panama Dance Challenge untuk bersenam katanya, tanpa sedar sebar aib sendiri dan orang lain' - Terimalah teguran lelaki ini sebelum page² besar viralkan video korang
"Berhenti upload dan share video wanita berjoget tarian Panama Dance," demikian nasihat dari pelukis Abeben's Artworks yang menegur trend terkini netizen yang terpengaruh dengan lagu tersebut.
Benar apa yang dikata, trend muat naik video yang menunjukkan diri mereka menari dengan latar belakang muzik berkenaan semakin galak dimuat naik sehingga hilangnya rasa malu dan segan bila aurat, aksi-aksi yang tidak sepatutnya ditayangkan kepada umum. Baca dan hadam nasihat pelukis ini, semoga bermanfaat.
KEBELAKANGAN ini dah ada satu trend di media sosial di mana ramai yang pakat share video orang berjoget (bersenam katanya) menggunakan muzik Panama. Namun dalam video itu, ada wanita-wanita yang berpakaian ketat, menari dengan lenggang-lenggok yang berlebihan yang mana tidak sepatutnya disebarkan oleh umat Islam.
Ya, mungkin ada sesetengah itu nak gunakan sebagai rujukan untuk buat senam robik di dalam bilik sendiri. Namun masih tidak menghalalkan kita menyebarkan secara terbuka wanita tidak menutup aurat berjoget sebegitu.
Kemudian, yang mana yang nak buat tarian itu pula janganlah dirakam, dimuat naik dan jangan dikongsi ke media sosial. Jangan biarkan bukan mahram anda melihat susuk tubuh anda berlenggang-lenggok sedemikian rupa. Jaga maruah, jaga betul-betul imej anda sebagai wanita muslimah.
Kadang-kadang sedih juga melihat betapa hanyutnya masyarakat kita dalam hiburan sehingga terlupa akan batas-batas dalam ikhtilat, penjagaan aurat dan sebagainya. Sehingga tanpa segan silu, beramai-ramai merakam perbuatan masing-masing untuk tatapan umum, sekali dengan aib-aib orang yang dirakam turut tersebar.
Bagi yang dah terakam atau termuat naik video Panama Challenge korang yang di dalam video itu ada wanita yang berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna, turut sama berjoget melenggang-lenggokkan tubuh badan menari mengikut rentak lagu, bolehlah perlahan-lahan membuat video tersebut dari akaun Facebook masing-masing sebelum page-page viral yang mempunyai ramai likers di Malaysia ini repost video korang.
Sebaik saja page-page besar ini dah repost, susah korang nak tutup balik aib korang walaupun korang dah bertaubat sungguh-sungguh. Jadi adalah lebih baik bertindak awal, buang awal-awal dari akaun media sosial korang.
Dan yang mana ada perancangan nak buat Panama Challenge di pejabat, tempat kerja, sekolah atau kelas masing-masing, batalkan niat tersebut. Nak bersenam boleh, cuma perlu jaga batas. Yang perempuan, buat secara tertutup tanpa bercampur dengan lelaki dan jangan rakam, jangan muat naik dan sebar di media sosial.
Semoga Allah membimbing kita semua dalam menempuh dugaan dan godaan hiburan melampau zaman sekarang. Insya-Allah.
Sumber 'Buat Panama Dance Challenge untuk bersenam katanya, tanpa sedar sebar aib sendiri dan orang lain' - Terimalah teguran lelaki ini sebelum page² besar viralkan video korang
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2p3R7YT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment