Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes Terowong Perkira Akan Buat Laporan Polis Lim Guan Eng - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes Terowong Perkira Akan Buat Laporan Polis Lim Guan Eng

BANGI – Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira) akan membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung kes projek terowong dasar laut di negeri itu.

Presiden Pekira Datuk Mohd Ridzuan Abdullah berkata laporan tersebut akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pada minggu depan susulan maklumat diterimanya berhubung kes tersebut.

“Dalam isu ini, sebelum ini, Pekira pernah terima maklumat tetapi ada pihak lain telah menyampaikan maklumat itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Maka kita tunggu masa sahaja (untuk buat laporan polis),” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini hari ini.

Mengenai permohonan pendaftaran Pekira dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Mohd Ridzuan berkata parti itu akan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat berhubung perkara itu.

Mohd Ridzuan berkata walaupun pendaftaran Pekira masih belum diluluskan RoS, namun parti yang mempunyai kira-kira 25,000 anggota di seluruh negara, akan digembleng bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) berkata Pekira juga telah menghantar borang untuk menjadi anggota gabungan BN, awal minggu ini.

“Pekira berharap pucuk pimpinan BN dapat mempertimbangkan perkara ini supaya gerak kerja kita pada PRU14 berjalan lancar, kerana selain anggota Pekira, Ikhlas juga mempunyai 180,000 anggota di seluruh negara,” katanya.

Mohd Ridzuan turut mendedahkan terdapat cubaan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menarik Pekira menyertai Pakatan Harapan (PH).

“Mereka sudah tiga kali bertemu dengan saya dengan yang terbaharu pada hujung tahun lepas. Bagaimanapun, kita yakin BN akan bekerjasama sepenuhnya dengan Pekira pada PRU14,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Gdb5IQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.