Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kamera Nircermin Fujifilm XH-1 Kini Di Pasaran Malaysia – Hadir Bermula Pada Harga RM7988 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kamera Nircermin Fujifilm XH-1 Kini Di Pasaran Malaysia – Hadir Bermula Pada Harga RM7988

Fujifilm ialah sebuah jenama pembuat kamera yang terkemuka dari Jepun, dan baru-baru ini mereka telah memperkenalkan kamera nircermin siri X terbaru mereka iaitu Fujifilm XH-1 untuk pasaran tempatan.

Jurucakap Fujifilm, kamera Fujifilm XH-1 berkata bahawa kamera ini direka untuk pengguna profesional dan prosumer yang inginkan kualiti gambar dan video yang tinggi, bersama-sama dengan penghasilan-semula warna yang lebih tepat.

Dari segi spesifikasi, kamera XH-1 ini hadir dengan sensor X-Trans CMOS III bersaiz 24 Megapixel bersama-sama dengan pemproses gambar X-Processor Pro dan sistem penstabilan lima paksi (5-axis stabilization) menjanjikan gambar yang tajam dan berkualiti tinggi, terutama sekali jika kamera ini digunakan dengan lensa Fujinon XF mereka.

Kamera XH-1 ini juga menggabungkan kualiti imej gambar kamera mereka didalam rakaman video mereka melalui teknologi simulasi filem yang dinamakan ETERNA yang juga hadir dengan ciri penjejakan autofokus video yang dinamakan Movement Tracking Performance bersama-sama kebolehan untuk merakam video pada bitrate 200Mbps.

Kamera Fujifilm XH-1 ini sudahpun mula dijual di kedai-kedai Fujifilm Wonder Shop dan juga pengedar-pengedar yang disahkan pada harga RM7988 untuk badan kamera tersebut sahaja, dan RM9188 untuk kamera bersama-sama dengan penggenggam bateri.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tu7EL5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.