Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Siapalah kita perempuan persoal hak suami kahwin lagi’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Siapalah kita perempuan persoal hak suami kahwin lagi’

a little boy wearing a hat and smiling at the camera: nuridahsalleh© Provided by FMT Media Sdn Bhdnuridahsalleh
Ketua Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh. (Gambar Facebook).
PETALING JAYA: Sayap wanita PAS, Dewan Muslimat menyokong cadangan seorang pemimpin parti peringkat negeri yang semalam memuat naik ucapan Hari Wanita Sedunia dengan harapan kaum wanita akan membenarkan suami mereka mengamalkan poligami.
Ketika ditanya reaksinya mengenai kenyataan Ketua Penerangan PAS Perak, Wan Tarmizi Abd Aziz semalam, Ketua Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh berkata berpoligami adalah hak yang dianugerahkan Allah.
Nuridah turut merujuk sepotong ayat Al-Quran yang kerap dipetik oleh mereka yang menyokong poligami.
Menerusi kiriman Facebook semalam, Wan Tarmizi menulis: “Hari Wanita akan lebih bermakna jika wanita itu menghadiahkan seorang lagi wanita kepada pasangannya sebagai tanda menghargai wanita lain”.
Bagi Nuridah, amalan itu dibenarkan Islam dan sebagai wanita Islam, beliau tidak boleh menghalang hak tersebut.
“Benda ni dalam Islam dah ada. Siapa kita, orang perempuan nak menentang cara ini. Kalau betul caranya, tiada masalah. Ikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah. Dan suami berkahwin kerana Allah, bukannya hawa nafsu dia,” katanya kepada FMT.
Menurutnya, berpoligami perlu diamalkan “demi cintakan Islam”.
“Maka tiada sebab untuk wanita nak menentang, terutamanya orang-orang yang beriman kepada Allah.”
Menurutnya, selagi syarat dipenuhi, beliau tidak mempunyai masalah jika suami mahu berpoligami.
“Bawa berbincang dengan isteri. Tunjukkan kalau dia mampu. Kalau dengan seorang isteri pun tak boleh, payah jugak,” katanya.
Nuridah berkata “perkahwinan seterusnya” oleh suami perlu membahagiakan isteri baharu dan anak-anaknya.
Nuridah sebelum ini pernah mempertahankan “bai’ah” yang diamalkan partinya, di mana seseorang calon PAS perlu menandatangani sumpah menceraikan isterinya jika dia meninggalkan parti itu selepas memenangi pilihan raya.
Beliau juga pernah mempersoalkan saranan untuk meningkatkan umur perkahwinan wanita Islam dari 16 ke 18 tahun, dengan berkata berkahwin pada usia muda bukanlah penyebab utama perkahwinan gagal. 


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FGuzry

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.