Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenal Dengan Tunang Ketika Bergelar Kekasih Hanez Suraya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenal Dengan Tunang Ketika Bergelar Kekasih Hanez Suraya

Penyanyi Awi Rafael, 32, mendedahkan perkenalan kali pertamanya dengan pelakon Atikah Suhaimi yang kini sudah menjadi tunangnya berlaku kira-kira lapan tahun lalu, ketika itu dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Hanez Suraya.

Namun hubungannya dengan Atikah hanya mulai serius, sejak lima bulan lalu.

"Saya kenal Atikah sejak tujuh ke lapan tahun lalu. Itu time saya masih dengan Hanez.

"Ketika itu, dia sebagai adik, tapi sekarang adik perlahan-lahan jadi kakak dan abang pula hati sudah terangkat (ketawa)," katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Awi dan Atikah selamat mengikat tali pertunangan di hotel Royal Palm, Clarke Quay, Singapura pada 17 Mac lalu.

Menurut penyanyi yang pernah popular dengan lagu Pulanglah ini, yakin Atikah adalah jodoh terbaik buat dirinya justeru dia mengambil keputusan memulakan hubungan lebih serius.

"Bila dah mula rapat, kita ambil keputusan untuk memulakan hubungan dengan lebih serius.

"Saya yakin Atikah adalah jodoh terbaik saya. Lagi pula, saya dah berkawan lama dengan dia. Sikit-sikit, ia membantu saya untuk lebih mengenali dia.

"Dia juga seorang yang sangat baik, penyabar dan positif serta rapat dengan keluarganya dan kita pun sebenarnya dating sekali saja. Itu pun bertemankan ibu saya.

"Lagipun, kata ibu, kalau dah jodoh, Insya-ALLAH jalan itu akan dipermudahkan. Alhamdulillah, saya dapat rasakannya ," katanya.

Malah, selebriti berusia 32 tahun ini juga mengakui sudah bersedia untuk bergelar suami.

"Jujurnya, saya memang dah bersedia untuk ke fasa seterusnya.

"Saya rasa dah sampai waktunya untuk bergerak ke arah yang lebih positif berkenaan jodoh. Alhamdulillah," katanya.

Pasangan kelahiran Singapura ini merancang melangsungkan perkahwinan mereka pada 15 Mac tahun depan.

Mengenai perkembangan karier, Awi menyertai pertandingan Gema Gegar Vaganza 2 yang akan bermula pada 31 Mac ini.

Dalam pertandingan tersebut dia akan berentap dengan 10 peserta berkumpulan dan solo iaitu Brothers, Devotees, InTeam, Mestica, Rabithah dan Heliza serta Hazwani (pasangan duo) serta Adeep Nahar, Farah Asyikin, Fitri Haris dan Ippo Hafiz.



Sumber Kenal Dengan Tunang Ketika Bergelar Kekasih Hanez Suraya

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pxHB0X

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.