Hi! Welcome Back and Stay Tune! Miley-Liam Pastikan Kali Ini Jadi Kahwin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Miley-Liam Pastikan Kali Ini Jadi Kahwin

Kegagalan dalam pertunangan mereka sebelum ini membuatkan bintang Miley Cyrus dan kekasihnya, Liam Hemsworth memilih untuk lebih santai dan tidak terburu-buru untuk melangsungkan perkahwinan.

Menurut sumber, pasangan ini bagaimanapun telah memberi komitmen satu sama lain dalam membuat persiapan serta mahu memastikan majlis hari bahagia mereka akan dapat direalisasi.

Meskipun begitu, Miley merahsiakan konsep perkahwinannya. Cuma yang pasti, ia sebuah konsep yang berbeza dan istimewa.

"Miley mempunyai beberapa rancangan untuk majlis perkahwinannnya pernikahan. Dia selalu kreatif dan memikirkan idea baru yang akan membuat perkahwinannya berbeza," kata sumber seperti yang dilaporkan ET.

Sumber tersebut juga mengungkapkan bahwa Miley ingin mengadakan sebuah majlis yang sederhana. Selain itu, dia bercita-cita menggunakan konsep 'ranch wedding' kerana ingin menghormati muzik country yang melekat dalam dirinya.

"Miley belum mengumumkan apa-apa kerana dia sangat merahasiakannya sehingga hanya teman mereka yang tahu.

"Kali ini mereka (Miley dan Liam) melakukan semuanya sendiri," tambah sumber.

Miley dan Liam juga dikatakan tidak mahu pisang berbuat dua kali justeru mereka mahu memastikan mereka akan bergelar suami isteri.

"Pertama kali mereka mengumumkan pertunangan pada 2012. Mereka merancang sebuah majlis perkahwinan yang besar namun kemudian semuanya gagal," tutur sumber.

"Keduanya merasa kali ini adalah waktu yang tepat dari segi karier dan usia.

"Mereka telah bersama selama hampir sembilan tahun, namun waktunya tak pernah tepat hingga sekaranglah saatnya," tambah sumber itu.

Meski demikian, keluarga Liam disebut-sebut belum mengizinkan pasangan itu berkahwin. Ia disebabkan keluarga Liam masih khuatir kerana Miley sebelum ini pernah mengalami masalah ketagihan alkohol dan pengambilan ubat secara berlebihan.

"Keluarga Miley sangat mengagumi Liam. Sedangkan keluarga Liam masih risau dan bimbang mengenai kelakuan Miley.

"Miley sangat terbuka soal penggunaan dadah dan alkohol, dan perkara itu tidak dapat diterima begitu saja oleh keluarga Liam yang konservatif," kata sumber lagi.



Sumber Miley-Liam Pastikan Kali Ini Jadi Kahwin

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pwOUGy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.