Hi! Welcome Back and Stay Tune! SITI HASMAH: ORANG KEDAH BUAT DUA KALI, CONTOH AGONG - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SITI HASMAH: ORANG KEDAH BUAT DUA KALI, CONTOH AGONG

Buat Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menyerahkan suaminya sebagai calon Perdana Menteri untuk kali yang kedua bukanlah suatu keputusan yang mudah.

“Apabila kali pertama saya dapat tahu pun (pencalonan itu) bukan daripada dia, daripada orang lain yang dia jadi (calon) berpotensi perdana menteri ke tujuh.

“(Perasaan) sedih sebab lagi sekali saya kena serahkan suami saya kepada rakyat jelata,” kata Siti Hasmah.

Beliau mengimbau Dr Mahathir Mohamad berusia 56 tahun ketika kali pertama menjadi perdana menteri dan tidak lama lagi umur Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu bakal mencecah 93 tahun.

Bimbang dengan faktor usia tersebut, beliau bertanyakan hal itu kepada suaminya.

“Jawab beliau, itu tanggung jawab saya,” kata Siti Hasmah menjawab soalan moderator Nazri Kahar dalam siri forum Wacana Sinar Harian berjudul, ‘Wacana Sinar ke 53: Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM’.

Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, hari ini membuat kejutan apabila menghadiri forum itu di Shah Alam, hari ini.

Siti Hasmah juga sempat berseloroh ketika ditanya pendapatnya berhubung pencalonan Dr Mahathir sebagai calon PM ke tujuh itu.

“Sekali lagi saya tidak dapat nak mempertikaikan lagi penerimaannya sebagai potensi PM ke tujuh. Yang saya risaukan sekarang ini, diri saya.

“Banyak orang berkata, kita orang Kedah. Orang Kedah mesti buat dua kali. Ikutlah Agong. Agong dari Kedah, Almarhum Sultan Abdul Halim. He was blessed to be the Agong twice. Kali ini pula Perdana Menteri dari Kedah.

“Beza yang saya pertikaikan ini, Agong pada pusingan pertamanya, permaisuri Sultan ialah Sultanah Bahiyah, yang keduanya Sultanah Haminah, selepas itu saya masih ada lagi ini. Apa peranan saya pula nanti?” Begitu gurauan Siti Hasmah yang mengundang tawa hadirin.

Beliau juga berkata akan terus menyokong Mahathir jika ditakdirkan beliau sekali lagi dipilih menjadi PM ke 7.

“Jika ditakdirkan Tuhan, suami saya menjadi Perdana Menteri ke 7, InsyaAllah saya akan sokong beliau sebagai seorang isteri yang taat setia kepada suami.

“Peranan saya yang paling penting sekali untuk menjaga PM ke 7 yang berpotensi ini dari segi kesihatannya,” katanya lagi.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pAPliX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.