Padah tiru aksi video viral, bapa menyesal anaknya mengalami kecederaan serius pada tulang belakang
Padah mencuba aksi berbahaya dalam video viral, seorang bapa secara tidak sengaja menyebabkan anak perempuannya berusia dua tahun terjatuh dan mengalami kecederaan serius di bahagian tulang belakang, lapor South China Morning Post.
Dalam kejadian itu, si bapa yang cuba melakukan aksi berbahaya itu dengan melambung anaknya ke atas namun gagal menyambutnya. Akibatnya, mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak di lantai, menyebabkan kecederaan yang serius pada tulang belakangnya.
Doktor Wu Ji dari Hospital Kanak-Kanak Wuhan berkata, "Mangsa tidak dapat menggerakkan seluruh badannya terutama kedua-dua belah tangannya.
Difahamkan, si bapa yang tidak didedahkan namanya itu cuba meniru aksi dalam video viral yang ditontonnya di mana seorang lelaki melakukan aksi tersebut pada anak perempuannya yang kemudian 'mendarat' dan duduk dengan sempurna di tangan bapanya.
Tidak diketahui sama ada mangsa akan pulih sepenuhnya, namun memberi amaran kepada orang ramai agar tidak meniru aksi-aksi berbahaya seperti itu pada kanak-kanak.
"Jika dia pegang tangan anaknya terlalu longgar, ia akan menyebabkan anaknya terjatuh. Jika terlalu kuat, tangan anaknya boleh terkehel," kata doktor.
Sumber Padah tiru aksi video viral, bapa menyesal anaknya mengalami kecederaan serius pada tulang belakang
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pA6gBs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment