Tambah berat badan demi ayah
CHENGDU - CHINA. Seorang gadis kecil berusaha keras selama berminggu-minggu menambah berat badan, untuk membolehkannya menderma sumsum tulang kepada bapanya yang menghidap leukimia.
Nyawa Luo Changming, bergantung kepada anak gadisnya Zhenzhen, 11, yang merupakan waris tunggal mempunyai padanan sesuai untuk pemindahan terbabit.
Namun anak kecil itu terlebih dahulu harus menambah berat badan kerana penderma perlu mempunyai sekurang-kurangnya separuh berat badan penerima bagi memastikan mereka cukup kuat untuk menahan prosedur pemindahan.
Demi melihat ayahnya sembuh, Zhenzhen berusaha makan sebanyak yang boleh walaupun dia seorang yang cerewet memilih makanan sebelum ini.
Hasil sokongan keluarga, gadis itu berjaya menaikkan berat badan dari 29 kilogram kepada 33.5 kilogram dalam tempoh lebih sebulan.
Pengorbanan Zhenzhen ternyata berbaloi apabila doktor mengesahkan pemindahan sumsum tulang itu boleh dilakukan dalam masa terdekat.
Bagi gadis kecil itu, harapannya hanya satu, untuk melihat bapanya sembuh seperti sediakala. - SCMP
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FP90lu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment