Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sajat Dedah Akui Terima Banyak ‘Mesej Lucah’ Daripada Lelaki - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sajat Dedah Akui Terima Banyak ‘Mesej Lucah’ Daripada Lelaki

Selepas isu JAKIM dan pengakuan ibubapa Nur Sajat yang mengatakan diri anaknya khunsa, netizen nampaknya sudah kurang ‘membawang‘ perihal isu jantina usahawan kecantikan ini.

Baru-baru ini, Sajat telah melancarkan single keduanya bertajuk Makhluk Penggoda. Memetik laporan mStar, dalam satu sidang media di The Ame Soeur dekat Bukit Jalil, Sajat mendedahkan satu rahsia yang boleh membuat perempuan diluar sana tersedak. Katanya, dia kerap terima mesej godaan dan ayat-ayat berbaur lucah daripada lelaki yang tak dikenali di laman sosial.

Sajat mengakui mesej yang diterimanya bukan sahaja dihantar secara peribadi kepadanya, malah kepada wakil stokis dan ejen bisnes juga asyik menerima mesej yang serupa.

“Sejak semakin popular ni, banyak betul mesej godaan termasuklah foto lucah yang saya terima di WhatsApp dan Instagram.

“Bila kita tak layan permintaan mereka, mulalah jadi haters dan komen yang bukan-bukan di laman sosial tersebut,” kata Sajat.

Setakat ini, Sajat tidak melaporkan gangguan itu pada pihak berkuasa. Namun memberi amaran keras, jangan sampai keterlaluan, dan dia tidak teragak-agak untuk memberi pengajaran pada mereka yang terlibat.

“Selalunya saya abaikan sahaja mesej tidak berfaedah macam itu, kalau dilayan semakin menjadi-jadi. Tak fasal-fasal nama kita juga yang buruk nanti.

“Kalau melampau sangat, saya akan block akaun tersebut dan jika perlu saya akan tularkan akaun itu sebagai pengajaran,” jelas Sajat.

Perkembangan terbaru, Sajat sekarang dilihat terlibat dalam satu rancangan realiti, Nur Sajat Rated Xtra di portal Tonton bermula ditayangkan 28 Februari lalu. Malah, Sajat juga sudah bersedia untuk menerima kritikan orang ramai terhadap lagu Makhluk Penggoda.

“Lagu pertama dulu pun kena kritikan hebat, jadi untuk lagu kedua saya dah bersedia dengan sebarang kecaman.

“Biasalah kita tak boleh nak puaskan hati semua orang dan saya sertai bidang nyanyian ini hanya suka-suka. Yang peliknya, walaupun netizen tak suka, mereka tetap nak tengok kan?” ujar Sajat.

Buat para-para wanita, pantaulah suami atau kekasih anda, manalah tahu dalam diam meminati Sajat.

The post Sajat Dedah Akui Terima Banyak ‘Mesej Lucah’ Daripada Lelaki appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pxyVXE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.