Kisah 7 Kanak-Kanak Yang Berjaya Dalam Bisnes Dan Bergelar Jutawan Dunia.
Kecik-kecik dah dapat pegang duit berjuta? Siap boleh bagi mak ayah duit belanja lagi. Bukan sedikit tapi berpuluh ribu. Hebat kanak-kanak ini. Meniaga apa sampai boleh jadi jutawan?
Adakah kerana strategi pemasaran mereka yang hebat menjadikan mereka hebat juga? Kecik-kecik dah ada ilmu pemasaran? Biar betul!!
Daripada minat menjadikan kanak-kanak ini hebat. Sikap berusaha sampai berjaya harus dipuji kerana jika diluar sana, seusia mereka ini hanya berada dalam ruang lingkup untuk selalu bergembira tetapi kanak-kanak ini telah mengerah otak dan tenaga demi mencapai cita-cita.
Jom kita belajar daripada kisah kanak-kanak hebat ini sehingga berjaya melakar nama dalam dunia melalui perniagaan yang diusahakan mereka.
#1-Leanna Archer – Leanna’s Hair

Kemudiannya Leanna mengembangkan perniagaannya dengan pelbagai lagi produk berkaitan penjagaan rambut sehingga berjaya menjana pendapatan sebanyak $100 000 setahun dan mengumpul keuntungan bersih melebihi $ 3 Juta.
Gadis ini juga berjaya menubuhkan sebuah yayasan kebajikan iaitu Leanna Archer Education Foundation bagi menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan asas seperti pendidikan dan yayasan ini telah membantu hampir 200 kanak-kanak di Haiti setiap hari. Hebat bukan?
#2-Evan – EvanTube

Ketika usianya baru 8 tahun, kanak-kanak ini mempunyai 1.3 juta pendapatan setahun hasil daripada penglibatannya dengan channel Youtube.
Evantube memiliki jutaan subsciber hanya dengan membuat review tentang alat permainan kanak-kanak dan memasukkan ke dalam Youtube.
Untung jadi Evan. Beribu mainan berjaya diperolehinya disamping dengan empukkan wang yang dijana dalam akaunnya.
#3-Christian Owens – Mac Bundle Box

Memulakan syarikat seni rekanya sendiri, berunding dengan pelbagai pihak dan syarikat demi menawarkan pelbagai pakej aplikasi untuk kegunaaan Mac OS X menjadikan owen seorang yang berkredibiliti.
#4-Emil Motycka – Motycka Enterprises

Pada usia 13 tahun, Emil telah membuat pinjaman sebanyak $8,000 untuk membeli mesin pemotong rumput komersial.
Pada usia 18 tahun, Emil membina syarikatnya sendiri iaitu, Motycka Enterprise dan telah menjana $100,000 dalam satu musim panas ketika itu. Kini, Emil Motycka telahpun menjana jutaan dengan perniagaan perkhidmatan memotong rumputnya.
#5-Nick D’Aloisio – Summly

Kini aplikasi Summly yang dihasilkan Nick telah ditukarkan oleh pihak Yahoo menjadi Yahoo News Digest. Nick kini berkhidmat bersama Yahoo dan telah dinobatkan sebagai “Innovator of the Year” oleh Wall Street Journal.
Bukan itu sahaja,Nick juga telah tersenarai di dalam majalah Time sebagai salah satu remaja yang begitu berpengaruh di dunia.
#6-Cameron Johnson – Cheers and Tears

Cameron berjaya menjana $400,000 sebulan dan mengasaskan Cheers and Tears pada usia 14 tahun.
Tidak hanya berhenti disitu sahaja, Cameron merencana bisnesnya dalam bidang pembangunan software (software development) dan pengiklanan secara online dimana beliau berjaya menjana jutaan dollar.
#7-Moziah Bridges – Mo’s Bows

Menghasilkan bow tie yang berwarna-warni merupakan antara salah satu visi saya untuk menjadikan dunia ini sebagai tempat yang mengembirakan.
Hasilnya Moziah kini memiliki 5 orang pekerja dan gambar dan dirinya sering muncul dalam majalah serta rancangan tv popular seperti Shark Tank.
Sumber Kisah 7 Kanak-Kanak Yang Berjaya Dalam Bisnes Dan Bergelar Jutawan Dunia.
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oChrdc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!







Post a Comment