Lelaki ditahan kerana dalam beg pakainanya ada kepala manusia
26/2/18
Anggota Polis Osaka berjaga di depan apartemen suspek (Foto: Reuters)
OSAKA – Polis Jepun sedang soal siasat seorang lelaki asal Amerika Syarikat yang sudah dimasukkan dalam tahanan sementara, sebab, di apartemen yang disewa lelaki tersebut di Prefektur Osaka ditemui potongan kepala manusia di dalam beg pakaian.
Diyakini kepala tersebut milik seorang wanita Jepun berusia 27 tahun yang hilang setelah mengunjungi apartemen lain di bahagian barat Osaka pada awal Februari. Wanita itu diketahui pergi bersama lelaki tersebut.
Melansir dari The Star, Ahad (25/2/2018), wanita itu terakhir kali dilihat bersama terduga pelaku, lelaki berusia 26 tahun asal New York. Lelaki yang namanya belum diungkap itu ditangkap minggu lalu setelah mangsa dilaporkan menghilang oleh pihak keluarga.
Kepada keluarganya, wanita asal Prefektur Hyogo itu mengaku ingin pergi ke Osaka untuk bertemu dengan seorang lelaki bernama Jay yang dikenalnya melalui aplikasi Instagram. Menurut harian Asahi Shimbun, lelaki itu tiba di Osaka pada Januari lalu dengan berbekal visa pelancung.
Media-media setempat melaporkan, berdasarkan rakaman kamera pengawas terlihat seorang perempuan memasuki apartemen bersama suspek. Lelaki itu kemudian nampak keluar-masuk apartemen beberapa kali.
Polis Osaka hingga kini terus mengembangkan penyiasatan. Sebab, selain kepala, bahagian tubuh lain dari perempuan itu belum ditemui.
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CJnQaH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment