Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amazon Mula Menawarkan Perkhidmatan Penghantaran Bungkusan Terus Ke Kereta Pelanggan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amazon Mula Menawarkan Perkhidmatan Penghantaran Bungkusan Terus Ke Kereta Pelanggan

Membeli barangan secara atas talian adalah amat mudah dan pantas. Pelbagai produk boleh dibeli tanpa perlu keluar dari rumah. Saya sendiri secara peribadi lebih selesa membeli secara atas talian kerana bukan sahaja lebih mudah tetapi harga barangan yang lebih rendah. Tetapi masalah utama pembelian atas talian ialah bungkusan yang dihantar ketika kami tiada di rumah. Akibatnya ia perlu diambil dari pejabat ejen penghantaran secara peribadi.

Untuk menyelesaikan masalah turun temurun ini, perkhidmatan Amazon Key In-Car mula ditawarkan Amerika Syarikat. Key In-Car membolehkan bungkusan dihantar terus ke kenderaan milik pelanggan Amazon Prime. Pelanggan yang tiada di rumah boleh menghantar lokasi kenderaan mereka. Bungkusan kemudian dihantar ke ruangan simpanan barangan kenderaan oleh pekerja Amazon.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pengguna perlu menggunakan kenderaan buatan Volvo dan General Motors dari tahun 2015 ke atas yang menyokong OnStar serta Volvo On Call. Dengan sistem ini, ruangan simpanan kenderaan boleh dibuka oleh pekerja Amazon bagi menghantar bungkusan dengan menggunakan aplikasi.

Sistem Key In-Car ini memerlukan kepercayaan yang tinggi dari pelanggan dan kawasan yang tidak mempunyai kadar jenayah kereta yang tinggi. Buat masa ini Amazon hanya menawarkan perkhidmatan ini di 37 bandar di seluruh Amerika Syarikat. Ia adalah kesinambungan kepada sistem Amazon Key yang membenarkan penghantar bungkusan membuka pintu rumah pelanggan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Fdg36a

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.