Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sediakan Perkhidmatan Terbaik Bukan Omong Kosong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sediakan Perkhidmatan Terbaik Bukan Omong Kosong


PUTRAJAYA - Komitmen kerajaan menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti yang merupakan antara terbaik di dunia untuk rakyat Malaysia, bukanlah omong kosong, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata ini terbukti apabila Laporan Jurnal Antarabangsa Pelancongan Kesihatan mengiktiraf Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan perubatan selama tiga tahun berturut-turut sejak 2015.

Katanya majalah International Living turut mengiktiraf Malaysia sebagai antara lima negara terbaik di dunia dalam bidang penjagaan kesihatan.

“Ini kerana akujanji dibuat kerajaan berjaya dilaksanakan. Dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kita tetapkan penjagaan kesihatan dan gaya hidup antara satu daripada 14 teras keutamaan diperjuangkan kerajaan untuk lima tahun akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Institut Kanser Negara (IKN) di sini hari ini.

Menerusi akujanji berkenaan, Najib memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus menambah baik dan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan mudah diakses rakyat.

Najib berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM27 bilion dan RM26 bilion kepada Kementerian Kesihatan, masing -masing dalam Bajet 2018 dan 2017 yang lalu.

Peruntukan besar itu penting untuk mencapai sasaran nisbah seorang doktor bagi 400 penduduk menjelang 2030, katanya.

Dalam konteks penyakit kanser di Malaysia, Najib berkata kanser adalah penyebab kematian keempat tertinggi di Malaysia pada 2015, dan sehubungan itu, beliau menggalakkan rakyat menjalani saringan awal kanser kerana dianggarkan 65 peratus kes yang dirujuk di hospital sudah mencapai tahap kronik dan teruk.

“Saya hairan, kenapa orang tidak mahu melalui ujian kesihatan termasuk kanser. Mereka takut pergi ke hospital, takut mengetahui keadaan sebenar sehingga dapat dikesan, pada masa itu sudah berada di tahap empat,” katanya.

Beliau berkata kerajaan akan meneruskan usaha untuk meningkatkan kesedaran serta memajukan lagi bidang penjagaan kesihatan negara termasuk memberi tumpuan kepada pendidikan mengenai gaya hidup sihat, pencegahan awal, serta amalan pemakanan yang baik dalam kalangan rakyat. -Bernama



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vIGnpp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.