Hi! Welcome Back and Stay Tune! KAPB Bakal Ambil Alih Hospital Swasta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KAPB Bakal Ambil Alih Hospital Swasta



Koperasi Amanah Pelaburan Bhd. (KAPB) bakal menembusi sektor perkhidmatan perubatan menerusi pengambilalihan sebuah hospital swasta yang dijangka mula beroperasi seawal Disember tahun ini. 

 Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Ilyas Mohamed berkata, pelaburan terbaharu merupakan salah satu daripada strategi koperasi itu untuk mendapatkan pulangan yang bakal memberi manfaat kepada hampir 4,000 ahlinya.

“Kami sedang dalam proses untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa bagi membuka sebuah hospital swasta di Petaling Jaya. Apabila ia beroperasi kelak, kami berharap dapat mengubah landskap sektor perkhidmatan perubatan Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan yang mengikuti standard seperti di Amerika Syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena mesyua­rat agung (AGM) tahunan KAPB ketiga di sini semalam. Turut diumumkan pada AGM tersebut ialah pengagihan dividen sebanyak 10 peratus kepada para ahlinya bagi tahun kewa­ngan berakhir 31 Disember 2017.

Menurut Ilyas, selain sektor perkhidmatan perubatan, KAPB pada tahun ini juga bakal me­labur dalam sebuah projek saluran televisyen tidak berbayar yang dijangka beroperasi pada Disember ini, dengan diterajui oleh selebriti popular tanah air, Afdlin Shauki dan Datuk AC Mizal.

“Kami yakin terhadap pelaburan dalam segmen ini kerana ia akan membawa konsep berbeza dengan saluran televisyen sedia ada selain sebahagian daripada perancangan koperasi untuk mempelbagai cabang pelaburan,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya me­ngenai cabang pelaburan KAPB sedia ada, Ilyas berkata, setakat ini, 40 peratus daripada pelaburannya adalah dalam sektor hartanah, lebih 20 peratus sektor perkhidmatan pembiayaan, kira-kira 20 peratus bidang automotif dan 15 peratus segmen pajak gadai Islam. 

“Segmen hartanah kekal menjadi bidang pelaburan dan pe­nyumbang pendapatan terbesar kami pada masa ini. Koperasi pada tahun ini bagaimanapun tidak akan membuat pelaburan di pasaran luar atas faktor pertukaran mata wang asing, dan akan kekal me­labur dalam sektor hartanah tempatan disebabkan kejatuhan harga hartanah,” ujarnya.

Sehingga kini, KAPB mempunyai saiz dana bernilai lebih RM100 juta, dan ia diunjur bertambah RM200 juta lagi sehingga hujung tahun ini.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HHknjz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.