Gaji RM2,000, mampu ke beli rumah pertama?
Sebelum mula cari rumah, korang wajib kira dulu kelayakan untuk membuat pinjaman dekat bank.
Dan persoalan yang kerap Tok dapat ni, ada kaitan dengan ayat dekat atas tadi :
“Gaji saya tak banyak. RM2,000 sebulan, Tok. Boleh ke beli rumah?”
Ramai pembeli rumah pertama kali ada tanggapan seperti ni. Dan punca jadi macam ni sebab mereka tak tahu macam mana nak kira kelayakan membeli rumah.
Nak tahu layak ke tak, hadamkan perkongsian Tuan Ariff Shah yang Tok baca dekat blog beliau.
Dah tahu kira nanti, baru boleh cari rumah ikut kemampuan anda.
Dalam keadaan ekonomi sekarang, saya yakin ramai fresh graduate mula bekerja dengan gaji yang rendah.
Dan dengan amaun gaji sebanyak itu menjadikan cita-cita nak beli rumah tu hampir mustahil.
Saya faham perasaan itu. Sebab dulu pun saya pernah bergaji sebanyak RM2,000 sebulan, tapi masih mampu membeli rumah.
Pokok pangkalnya bukan pada kemampuan kewangan semata-mata. Tapi lebih kepada planning dan execution.
Dengan memahami cara mengira DSR (Debt Service Ratio), korang boleh mula merancang bagaimana dan bila nak beli rumah.
Kalau tak tau kira ni, sampai bila-bila takkan tahu bila mampu beli rumah. Kalau dah mampu dari segi gaji pun, belum tentu mampu nak beli rumah lagi sebab takde perancangan.
Beli rumah ni bukan perkara yang mudah bagi first-timer, jadi perancangan tu kena ada.
Bila ada perancangan, baru kita berani buat.
Saya bagi contoh ya.
Kita try gaji kasar RM2,000 sebulan. Gaji bersih pula adalah RM1,770. Katakan rumah yang nak dibeli adalah sebuah apartmen medium cost berharga RM150,000.
Dengan menggunakan mortgage calculator (kalkulator gadai janji), dapatlah anggaran bulanan installment rumah ini iaitu RM650.
Nak beli rumah ni dalam bulan ketiga selepas berkerja (dapat surat confirmation), hanya ada PTPTN RM150 sebulan. Selain tu, takde hutang lain.
- Gaji bersih = RM1,770
- Komitmen = RM650 (Installment rumah yang nak dibeli) + RM150 (PTPTN) = RM800
- DSR = (Komitmen / Pendapatan Bersih) X 100 = (RM800 / RM1770) X 100 = 45%
Pada DSR 45%, saya boleh kata ada bank yang akan luluskan pinjaman untuk rumah RM150,000 ni. Siapa kata gaji RM2,000 tak boleh beli rumah?
Kalau nak apartmen RM200,000, boleh lepas ke?
Installment bulanan untuk loan rumah berharga RM200,000 ni adalah RM1086. Kira DSR dulu.
- Gaji bersih = RM1,770
- Komitmen = RM869 (Instalment rumah yang nak dibeli) + RM150 (PTPTN) = RM1,019
- DSR = (Komitmen / Pendapatan Bersih)*100 = (RM1019 / RM1770)*100 = 57%
Untuk pendapatan kurang daripada RM3000, ambil kira DSR untuk loan lepas adalah 50%. Pendapatan lebih daripada tu baru 60%. Jadi perlukan pendapatan tambahan lagi RM250 untuk jadikan DSR 50%.
Dengan pendapatan tambahan RM250, kiraan DSR baru:
- Gaji bersih = RM1,770
- Pendapatan tambahan = RM250
- Jumlah pendapatan = RM2,020
- Komitmen = RM869 (Instalment rumah yang nak dibeli) + RM150 (PTPTN) = RM1,019
- DSR = (Komitmen / Pendapatan Bersih)*100 = (RM1019 / RM2020)*100 = 50%
Senang kan nak kira?
Lebih penting lagi, kalau dah tahu kira DSR, dah boleh plan. Contoh untuk fresh graduate yang baru dapat kerja dan nak beli rumah.
Dah boleh cari rumah yang agak-agak mampu dibeli, dan buat kerja part time masa hujung minggu dan lepas waktu kerja full-time.
Tak perlu lama. 3-4 bulan atau sehingga 1-2 bulan selepas dapat surat confirmation. Ikat perut. Kalau nak beli kereta, tangguh dulu.
Kalau saya boleh buat, kenapa bukan anda?
Dengan cara ni, dalam tahun pertama bekerja walaupun gaji RM2,000 pun, boleh beli rumah berharga lebih daripada RM150,000. Silap-silap, tak sampai 6 bulan bekerja dah boleh beli.
Saya jumpa dan kenal Abang Ensem sebelum habis study, belajar pasal pelaburan hartanah.
Cukup 6 bulan bekerja, saya terus letak booking untuk beli rumah. Saya plan beli rumah sebelum habis belajar lagi.
Rumah yang dibeli tu kalau dekat dengan tempat kerja dan untuk tinggal sendiri, bolehlah sewakan bilik besar kat orang lain atau rakan sekerja.
Silap-silap cukup untuk cover instalment dan sebagai tuan rumah, boleh tinggal secara percuma.
Saya harap yang membaca entri ni dapat kongsikan kepada student dan fresh graduate. Rugi sangat kalau beli rumah lambat.
Gaji RM2,000 tu dah layak sebenarnya nak apply loan beli rumah. Antara nak dengan tak nak je.
—
Dengar tu. Biar ayat tu terngiang-ngiang dalam telinga korang.
Sekarang ni bukan masa untuk mereka alasan. Kalau dah dapat kerja tu, terus planning untuk beli hartanah pertama korang ya.
Berkorban masa permulaan saja. Nanti bila pelaburan mula “berbuah,” korang sendiri yang tuai nanti. Ganbate!
The post Gaji RM2,000, mampu ke beli rumah pertama? appeared first on GilaHartanah.com - Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia.
✍ Sumber Pautan : ☕ GilaHartanah.com – Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2avh2QV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment