Hi! Welcome Back and Stay Tune! KWSP Telah Melabur RM4.86 Bilion Dalam Syarikat Bermodal Kecil Sederhana - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KWSP Telah Melabur RM4.86 Bilion Dalam Syarikat Bermodal Kecil Sederhana

KUALA LUMPUR, 24 April 2018: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melabur sebanyak RM4.86 bilion dalam saham syarikat bermodal kecil sederhana di Malaysia melalui pengurus pelaburan dalaman dan luaran. Portfolio Ekuiti merupakan penyumbang utama kepada pendapatan KWSP yang telah mencatat peningkatan lapan (8) peratus dari RM309.48 bilion pada 2016 kepada RM334.23 bilion pada akhir Disember 2017.

Ini mengesahkan perkembangan positif negara seperti yang dinyatakan oleh prestasi indeks pasaran saham FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang mencapai paras tertinggi dalam sejarah ekonomi negara.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, “Memandangkan jumlah dana kami semakin meningkat, kami sentiasa terbuka kepada peluang pelaburan baru yang boleh memberikan pulangan jangka panjang yang mapan.

“Prestasi pelaburan kami yang baik didorong oleh pelaburan ekuiti.  Pelaburan saham kami merangkumi pelbagai sektor, termasuk dalam syarikat bermodal kecil dan sederhana.  Setakat akhir Disember 2017, kami telah melabur dalam 192 syarikat bermodal kecil dan sederhana dan kami komited untuk mencari lebih banyak syarikat untuk dilabur bagi menambah portfolio sedia ada.”

Datuk Shahril berkata KWSP akan sentiasa memantau dan menilai prestasi syarikat-syarikat bermodal kecil dan sederhana yang bersesuaian untuk pelaburan dan yang memenuhi profail risiko dan pulangan KWSP.  Antara kualiti syarikat yang dinilai oleh KWSP termasuk tadbir urus yang baik, struktur kos dan prestasi perniagaan yang memberangsangkan.

“KWSP telah menjalankan pelaburan bersama dengan syarikat-syarikat bermodal kecil dan sederhana bagi membantu perkembangan mereka kerana kami melihat potensi masa depan mereka yang baik yang juga berupaya memacu perkembangan ekonomi negara selain meningkatkan pendapatan pelaburan KWSP.”

Semasa pembentangan Laporan Tahunan 2017 KWSP baru-baru ini, jumlah pendapatan pelaburan kasar KWSP setakat 31 Disember 2017 dilaporkan sebanyak RM53.14 bilion dan jumlah aset pelaburan RM791.48 bilion dengan pulangan pelaburan (ROI) 7.30 peratus.

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan dana persaraan terulung Malaysia yang ditubuhkan untuk membantu ahli mencapai simpanan yang cukup untuk persaraan yang selesa.  Ini selaras dengan visi KWSP untuk membantu ahli mencapai masa depan yang baik serta misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. KWSP telah berkembang daripada sebuah organisasi berpaksikan transaksi kepada sebuah organisasi pengurusan dana professional dengan tumpuan terhadap jaminan persaraan. KWSP berpandukan rangka kerja tadbir urus yang mantap dan profesional dalam membuat keputusan pelaburan. Ia terus memainkan peranan sebagai pemangkin dalam pertumbuhan ekonomi negara dan bertujuan untuk memupuk budaya menabung dan melabur di kalangan ahli untuk meningkatkan tahap celik kewangan di peringkat negara.



✍ Sumber Pautan : ☕ KWSP: Terkini di KWSP

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qTvPyY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.