Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemaskini iOS 11.3.1 Boleh Dimuat Turun Bagi Menyelesaikan Masalah Skrin Sesentuh iPhone 8 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemaskini iOS 11.3.1 Boleh Dimuat Turun Bagi Menyelesaikan Masalah Skrin Sesentuh iPhone 8

Sebelum ini kami laporkan pengguna iPhone 8 dan 8 Plus merungut skrin peranti mereka gagal membaca sentuhan jari. Ini adalah kerana kemaskini iOS 11.3 menghalang peranti dengan skrin yang tidak diganti di pusat perkhidmatan pelanggan bertauliah dari berfungsi dengan sempurna. Cip khas pada skrin perlu diganti bagi membolehkan skrin sesentuh kembali berfungsi dengan sempurna.

Pagi ini kemaskini iOS 11.3.1 sebesar 49.5 MB boleh dimuat turun dan ia diberikan bagi menyelesaikan masalah ini. Pada waktu yang sama Apple memberikan amaran penggunaan dan penukaran skrin dari pusat perkhidmatan tidak bertauliah boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna. Ini bukan kali pertama kemaskini diberikan bagi menyelesaikan masalah peranti yang gagal berfungsi kerana penggunaan komponen yang tidak bertauliah.

Masalah Error 53 dua tahun yang lalu menyebabkan peranti tidak boleh diakses sekiranya TouchID diganti oleh pusat perkhidmatan tidak bertauliah. Selepas diancam saman, Apple mengeluarkan kemaskini iOS 9.2.1 bagi menarik semula halangan peranti tetapi sistem TouchID tidak lagi akan berfungsi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qWlyRu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.