Hi! Welcome Back and Stay Tune! AMD Dilihat Bakal Melancarkan Siri Kad Grafik AMD Radeon RX 500X Tidak Lama Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AMD Dilihat Bakal Melancarkan Siri Kad Grafik AMD Radeon RX 500X Tidak Lama Lagi

Modus operandi AMD apabila melancarkan siri kad grafik baru biasanya ialah mereka akan melancarkan satu atau dua kad grafik generasi baru, dan selainnya, mereka akan menggunakan GPU generasi sebelum ini yang diperbaiki sedikit prestasinya.

Nampaknya syarikat tersebut bakal melakukannya sekali lagi, kerana mereka baru sahaja menaikkan sebuah laman sementara untuk sebuah siri kad grafik baru yang dinamakan AMD Radeon RX 500X di laman web rasmi mereka.

Buat masa ini, tiada sebarang butiran khusus yang hadir mengenai kad grafik ini, tetapi terdapat banyak ura-ura yang mengatakan bahawa terdapat kemungkinan besar bahawa ia akan hadir dengan prestasi lima ke enam peratus lebih baik daripada siri kad grafik AMD Radeon RX 500 sebelum ini.

Ia juga dikatakan masih menggunakan cip grafik Polaris, dan bukan Vega yang digunakan pada GPU AMD Radeon RX Vega, kad grafik paling berkuasa AMD pada tahun lepas.

Dalam pada itu, ramai juga yang berpendapat bahawa siri kad grafik ini akan dilancarkan pada bulan Mei/Jun kelak, dan berkemungkinan besar akan diumumkan secara rasmi pada acara Computex Taipei nanti.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GLXZ4L

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.