Apple Dijangka Memperkenalkan iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus Dalam Warna Merah Pada Minggu Ini
Apple sebelum ini sedia hadir dengan beberapa produk mereka dibawah penawaran (Product) RED, termasuk iPhone 7 pada tahun lepas. Untuk tahun ini, Apple dijangka meneruskan penawaran berkenaan untuk keluarga siri iPhone 8, dan dikatakan mungkin diumumkan seawal minggu ini.
Dengan penawaran iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dalam pilihan warna merah, ia sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna dalam mendapatkan telefon pintar Apple berkenaan. Ia tidak diketahui lagi sama ada iPhone X turut akan ditawarkan dalam pilihan warna berkenaan ataupun sebaliknya.
Apple sebelum ini menyediakan penawaran beberapa produk dibawah (RED), dimana setiap pembelian akan menyumbang sedikit dana kepada program mengatasi HIV/AIDS.
Kita mungkin mendengar lanjut mengenai penawaran iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dalam pilihan warna merah ini dalam sehari dua ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IChYDj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment