Hi! Welcome Back and Stay Tune! Burung Bapa Keluarkan Air-budak 4 tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Burung Bapa Keluarkan Air-budak 4 tahun

Burung Bapa Keluarkan Air-budak 4 tahun|Seorang nenek khuatir dengan keselamatan dan masa depan cucu perempuan berusia empat tahun selepas mendakwa mangsa menjadi mangsa cabul di Johor Bahru, sejak setahun lalu.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Asiah, 51, berkata, dia yang turut menjaga cucunya secara bergilir dengan anak perempuannya, terkejut apabila menemui kesan melecet pada kemaluan kanak-kanak itu beberapa kali.

Dakwanya, dalam tempoh setahun lalu, bekas menantu membawa cucu ke rumahnya pada setiap hujung minggu.

“Beberapa kali selepas dihantar pulang, saya menemui kesan kemerahan di kemaluannya. Sebanyak tiga kali, dia menjalani pemeriksaan dan dimasukkan ke wad di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kini di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Doktor mengesahkan kemaluannya mengalami jangkitan kuman dan kulat namun tidak dapat mengesan punca,” katanya kepada NSTP.

Asiah mendakwa, pada 4 April lalu, ketika memandikan cucunya, kanak-kanak itu turut mengadu kemaluannya pedih.

Menurutnya, apabila disoal, cucunya mendakwa dia diusik bapanya.

“Cucu saya menyatakan dia diusik bapanya iaitu bekas menantu selain memberitahu burung (kemaluan) bapanya mengeluarkan air dan basah

“Saya mempersoal perkara itu kepada bekas menantu, namun dia menafikannya,” katanya.

Difahamkan, anak perempuan Asiah dan bekas menantu berusia 28 tahun bercerai, pada tahun lalu.

Pasangan itu dikatakan memiliki tiga cahaya mata berusia antara dua hingga empat tahun.

Mereka di bawah jagaan Asiah dan anak perempuannya.

Asiah berkata, susulan kejadian, dia membuat laporan di Balai Polis Setia Indah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

“Siasatan polis berasaskan kepada laporan perubatan terhadap mangsa,” katanya.

The post Burung Bapa Keluarkan Air-budak 4 tahun appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GMDSmY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.