Momentum terganggu, The Speedy Jantan gagal lepasi peringkat saringan
Pelari berusia 19 tahun itu mencatatkan masa 10.50s untuk berada di tempat keempat saringan kesembilan pusingan pertama di Carrara Sports and Leisure Centre.
"Mungkin saya agak hilang fokus sikit lepas nampak orang sebelah lebih laju dan memintas saya.
"Lagi pun masa cubaan pertama sebelum 'false start' saya sudah bersedia tapi disebabkan kejadian itu saya terganggu dan hilang fokus. Bila masuk cubaan kedua, saya masih terkesan dan terus tidak fokus," katanya.Masa yang dicatat Khairul Hafiz itu jauh tersasar dari rekod peribadi yang juga merupakan rekod kebangsaan iaitu 10.18 yang dilakukan di Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 serta catatan masa tahunannya iaitu 10.24s.
Hanya dua terbaik daripada setiap saringan dan enam pelari terpantas keseluruhan layak mara ke pusingan separuh akhir, petang ini.
Peluang beraksi buat pertama kali di Sukan Komanwel merupakan satu pengalaman yang akan membuatkan beliau lebih matang dan berdaya saing di masa hadapan.
Khairul Hafiz, yang juga dikenali sebagai 'The Speedy Jantan' akan menggalas cabaran negara dalam acara 4x100m, Jumaat ini.
Selain Khairul Hafiz, skuad 4x100m negara dibarisi Jonathan Nyepa, Nixson Kennedy, Badrul Hisyam Abdul Manap dan Rayzam Shah Wan Sofian.
-- BERNAMA
Sumber Momentum terganggu, The Speedy Jantan gagal lepasi peringkat saringan
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HaP54p
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment