Honor 10 Akan Dilancarkan Di China Pada 19 April
Honor 10 ialah sebuah Huawei P20 versi mampu milik. Peranti ini akan dilancarkan untuk pasaran Global pada 15 Mei hadapan. Tetapi sebelum itu ia akan dilancarkan di China pada 19 April hadapan. Jemputan kepada wakil media di China telahpun dihantar dan memberikan beberapa petunjuk mengenai rekaan peranti ini.
Seperti yang anda boleh lihat di atas, kemungkinan besar warna Twilight yang kelihatan seperti pelangi akan turut ditawarkan pada peranti ini. Ia turut akan mempuyai sokongan kecerdasan seperti P20. Hanya beberapa hari yang lalu poster promosi Honor 10 tertiris menunjukkan ia hanya dilengkapi dwi-kamera. Sistem tri-kamera nampaknya dikekalkan secara eksklusif untuk P20 Pro. Akhir sekali peranti ini turut dipercayai akan menggunakan skrin bertakuk.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GIMRJN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment