Hi! Welcome Back and Stay Tune! DAP ‘gadai’ roket demi undi Melayu, kata MCA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DAP ‘gadai’ roket demi undi Melayu, kata MCA

Liow berkata calon MCA akan diumumkan dalam masa satu atau dua hari lagi selepas mendapat persetujuan Datuk Seri Najib Razak. — Foto oleh Yusof Mat IsaLiow berkata calon MCA akan diumumkan dalam masa satu atau dua hari lagi selepas mendapat persetujuan Datuk Seri Najib Razak. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 8 April ― MCA menyifatkan kesanggupan DAP menggunakan logo dan simbol PKR pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti menunjukkan parti itu tidak mempunyai prinsip.

Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata DAP sanggup menggadai maruah dan prinsip mereka termasuk bekerjasama dengan musuh lama Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata untuk meraih undi Melayu.

“Demi mengaut undi kaum Melayu, DAP sanggup menggadaikan lambang roket mereka... kita (MCA) percaya penyokong DAP amat kesal dengan tindakan pemimpin mereka,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Manifesto MCA untuk PRU14, di Wisma MCA, di sini hari ini.

Liow juga berkata keputusan Pakatan Harapan untuk menggunakan satu logo bersama pada PRU14 nanti tidak akan menjejaskan Barisan Nasional memandangkan setiap parti dalam pakatan itu mempunyai agenda masing-masing.

Sementara itu, Liow berkata calon MCA  akan diumumkan dalam masa satu atau dua hari lagi selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Senarai pendek calon MCA telah diserahkan kepada Pengerusi BN itu untuk pertimbangan beliau, kata Liow. ― Bernama



Sumber DAP ‘gadai’ roket demi undi Melayu, kata MCA

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GJVNPl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.