Hi! Welcome Back and Stay Tune! NVIDIA Menamatkan Sokongan Untuk Kad Grafik Siri GeForce GTX 400/500 Dan Perisian 32-bit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NVIDIA Menamatkan Sokongan Untuk Kad Grafik Siri GeForce GTX 400/500 Dan Perisian 32-bit

Diantara komponen-komponen komputer yang sering menerima kemaskini terbaru ialah kad grafik, untuk memastikan bahawa kad grafik anda boleh memainkan permainan-permainan komputer yang terbaru tanpa sebarang masalah.

NVIDIA baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan sokongan untuk kad grafik Fermi mereka, yang terdiri daripada siri kad grafik NVIDIA GeForce GTX 400 dan 500 yang hadir buat pertama kali lapan tahun lalu, pada bulan April 2010.

Penghentian sokongan untuk kad grafik ini bermakna bahawa bermula bulan April 2018, kad-kad grafik siri GTX 400 dan 500 ini tidak lagi akan dikemaskini oleh pihak NVIDIA, kecuali untuk kemaskini kritikal yang benar-benar diperlukan oleh kad-kad grafik didalam siri ini, dan walaupun begitu, ia hanya akan hadir sehingga bulan Januari 2019 kelak.

Bermula bulan April ini, hanya kad-kad grafik siri Kepler, Maxwell dan Pascal akan dikemaskini oleh NVIDIA. Dalam pada itu, NVIDIA juga hadir dengan kenyataan bahawa ia akan menamatkan sokongan untuk perisian kemaskini 32-bit, dan hanya akan hadir dengan kemaskini untuk sistem-sistem 64-bit sahaja.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Ew7eE7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.