Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Bangkitlah, bangunlah kamu', Dr M beritahu warga Felda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Bangkitlah, bangunlah kamu', Dr M beritahu warga Felda

14/4/18

BUKIT KAYU HITAM: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad merayu penempatan Felda yang masih menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyokong gabungan pembangkang.
Bekas perdana menteri mendakwa daripada 54 kerusi Parlimen dengan penempatan Felda, antara 20 hingga 30 masih menyokong pengerusi Barisan Nasional (BN) itu.

"Ini bukan pekan yang besar tapi warga Felda sangat kecewa dengan Najib.
"Kepada penempatan yang masih menyokong Najib, 'bangkitlah, bangunlah kamu'. Buang 'dedak'.
"Tengoklah tingkah laku Najib," kata Dr Mahathir kepada kira-kira 2,000 hadirin di Felda Bukit Tangga semalam, dan mengulangi dakwaan-dakwaannya terhadap Najib.

Turut hadir Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ahli Majlis Tertinggi Zahid Mat Arip dan penyandang DUN Anak Bukit Amiruddin Hamzah.
Felda Bukit Tangga terletak dalam kawasan DUN Bukit Kayu Hitam bawah Parlimen Kubang Pasu.

Acara semalam seolah satu kepulangan buat bekas perdana menteri ini. Dr Mahathir pernah menjadi wakil rakyat 7 penggal di situ sehinggalah 2004.

Penempatan Felda umumnya dianggap kubu kuat Umno. Pembangkang hanya menang 6 kerusi dengan penempatan Felda pada pilihan raya 2013, di mana 3 daripadanya dimenangi PAS, yang sudah meninggalkan pakatan pembangkang.
PH meraih kerusi ke-7 dengan penempatan Felda 2 apabila Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat Umno dan membantu Dr Mahathir menubuhkan PPBM.

Dr Mahathir memberitahu hadirin bahawa pakatan pembangkang sangat bersatu untuk menumbangkan Najib.
"Kalau dia dikalahkan, bolehkah kita baiki keadaan negara kita? Kita boleh kerana kita ada pengalaman mentadbir," katanya.

Dr Mahathir turut menyentuh tentang pedana menteri ke-2 dan bapa Najib, Tun Abdul Razak, yang memulakan penempatan Felda untuk membantu orang Melayu luar bandar.

Bekas perdana menteri itu berkata Felda membuka penempatan dengan menanam pokok bernilai seperti getah, dan selepas itu peneroka dipilih untuk menduduki penempatan itu.
"Mengapa kita buka penempatan-penempatan ini? Kerana ketika itu tiada industri, jadi untuk hidup, orang perlukan tanah dan bercucuk tanam."
Dr Mahathir berkata ladang-ladang itu menjadi sumber pendapatan untuk peneroka dan estet-estet getah bertumbuh.

"Kita nampak ladang-ladang British buat keuntungan besar, jadi kita percaya kalau ada tanah untuk peneroka kita, mereka juga akan menjadi kaya.
"Ketika itu mereka sangat bertuah. Mereka dapat pulangan lumayan kerana ladang-ladang diuruskan pengurus yang cekap," katanya.

Dr Mahathir berkata keadaan sekarang tidak lagi seperti dulu. Menurutnya, apabila Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) diwujudkan pada 2012 dan disenaraikan di pasaran saham, kerajaan berjanji peneroka akan jadi kaya-raya jika harga saham meningkat dari RM4 ke RM10.

Kira-kira 77,934 keluarga peneroka mengambil pinjaman lebih RM3,600 untuk 800 unit saham FGV pada 2012. Setiap bulan, RM50 ditolak untuk membayar pinjaman itu. Bagaimanapun, saham FGV turun dari RM4.80 kepada kira-kira RM1.80.

"Najib tak cukup bijak. Bila 800 unit saham pada harga RM10 setiap satu dijual, bolehkah anda jadi jutawan?
"Anda hanya dapat RM8,000. Tak banyak. Anda tak jadi jutawan," katanya, dan berkata peneroka sebaliknya menanggung hutang.
FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GYy9uk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.