Hi! Welcome Back and Stay Tune! FIFA 18: Fenrir satu-satunya wakil Malaysia ke Liga Asia Playstation 2018 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

FIFA 18: Fenrir satu-satunya wakil Malaysia ke Liga Asia Playstation 2018

PEMAIN profesional e-sukan FIFA 18 Muhammad Luqman Haziq "Fenrir" Hajiman, 21 tahun, merupakan satu-satunya rakyat Malaysia layak ke Liga Asia Playstation yang akan berlangsung bulan depan.

Fenrir yang sedang menuntut jurusan kewangan di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam berkata dia tidak akan mensia-siakan peluang terakhirnya itu untuk beraksi di pusingan penentu kejohanan FIFA eWorld Cup (FEWC) yang menjadi idaman setiap pemain permainan FIFA di seluruh dunia.

“Sebenarnya jalan untuk melayakkan diri ini memang mencabar memandangkan pesaing dari luar negara mempunyai pasukan FIFA Ultimate Team (FUT) yang lebih hebat.

“Sejujurnya saya jarang bermain FIFA selepas kejohanan Liga E-Sukan Malaysia (MESL). Selepas dapat tahu pemenang liga ini akan mendapat ‘tiket’ ke FEWC, memang saya membuat keputusan untuk fokus dan bermain FIFA sekurang-kurangnya empat jam sehari selama seminggu.

“Alhamdulillah, saya dapat wakili Malaysia yang akan menjadi tuan rumah grand final ESL Asia,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.


Fenrir ketika menjuarai FIFA 18 MESL


Selain Fenrir, tujuh lagi pemain FIFA 18 terbaik dari Asia bakal berentap dalam Liga Asia Playstation yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM38,000 (AS$10,000) dan kelayakan ke FEWC.

Sebanyak empat pusingan kelayakan telah diadakan bagi liga tersebut dan setiap dua pemenang dalam pusingan itu akan bertarung ke acara utama yang berlangsung pada 13 Mei depan di Battle Arena, Petaling Jaya.

Menurut Fenrir yang kini diurus organisasi Gamesbond berkata dia masih mahu bertarung dengan pemain profesional di peringkat antarabangsa sebelum FIFA 18 berakhir.

“Saya mahu memenangi liga yang dianjurkan ESL Asia ini terus mendapatkan tempat dalam pusingan penentu FEWC di Paris,” katanya.

Nama Fenrir mula meningkat naik dalam arena e-sukan FIFA 18 sejak dia layak ke Piala Kejohanan FIFA Ultimate Team (FUT) di Barcelona pada Januari lepas.

Fenrir sebelum ini memenangi kejohanan FIFA 18 MESL pada Februari lalu dan mendapat tempat kedua dalam kejohanan e-sukan Malaysia Cyber Games (MCG) 2018 MCG pada Januari lalu.



Sumber FIFA 18: Fenrir satu-satunya wakil Malaysia ke Liga Asia Playstation 2018

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2H7PtBi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.