Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Masih Tiada Perancangan Untuk Menjual Cip Kirin Kepada Pengeluar Lain - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Masih Tiada Perancangan Untuk Menjual Cip Kirin Kepada Pengeluar Lain

Huawei mempunyai cip pemprosesan yang dikeluarkan oleh mereka sendiri, dinamakan Kirin – dan sedia digunakan oleh pelbagai peranti keluaran Huawei sejak beberapa tahun lepas. Dengan menggunakan cip keluaran sendiri, ia membolehkan Huawei untuk mengurangkan kos, selain lebih mengoptimasikan peranti mereka berbanding penggunaan cip pihak lain.

Selain Huawei, Samsung turut mempunyai penawaran mereka tersendiri dinamakan Exynos, selain Xiaomi dan juga Apple. Namun, berbeza dengan Samsung yang menawarkan cip mereka kepada pihak lain, Huawei dilihat tidak mempunyai perancangan untuknya.

Bercakap mengenainya, pihak Huawei dipetik mengatakan Huawei tidak merancang untuk menjual cip Kirin mereka kepada pengeluar peranti lain buat masa ini. Ia dikatakan sebagai salah satu faktor utama yang membezakan mereka dengan pengeluar peranti lain.

Beberapa spekulasi turut mengatakan yang mana Huawei turut mungkin tidak mempunyai kapasiti untuk menampung pengeluaran yang tinggi supaya mereka boleh menjualnya kepada pengeluar lain.

Buat masa ini, selain Samsung, pengeluar cipp yang popular adalah Qualcomm dan juga Mediatek. Intel sebelum ini pernah menawarkan cip untuk peranti mudah-alih, tetapi menghentikan penawaran mereka beberapa tahun lepas.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2H6qsXl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.