Hi! Welcome Back and Stay Tune! 10 Pulau Paling Besar Di Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

10 Pulau Paling Besar Di Dunia

Terdapat terlalu banyak pulau yang ada di muka bumi ini. Seperti tanah besar, pulau turut menjadi lokasi kediaman manusia, dan terdiri daripada pelbagai saiz. Artikel kali ini akan menceritakan 10 buah pulau terbesar di dunia, dan pulau di Malaysia adalah sebahagian daripadanya. 

1. Greenland

pulau greenland terbesar di dunia

Tidak mengambil kira tanah besar seperti Afro-Eurasia, Amerika, Antartika dan Australia, Greenland adalah pulau paling besar di dunia. Negara konstituen berautonomi ini adalah sebuah pulau di bawah naungan kerajaan Denmark, dengan ketumpatan penduduk antara paling rendah di dunia. 

Saiz: 2,130,800 km persegi.

Populasi: 56,483 orang.

Ketumpatan Penduduk: 0.028 / km persegi.

Lokasi: Amerika Utara.

2. New Guinea

new guinea pulau kedua terbesar dunia

Pulau kedua terbesar di dunia, New Guinea terbahagi sama rata antara dua negara iaitu Papua New Guinea di timur, dan Indonesia di barat. Pulau ini mempunyai biodiversiti hidupan laut yang sangat berwarna-warni, termasuklah batu karang dan ikan. Puncak Jaya (Carstensz Pyramid) yang merupakan gunung tertinggi di Oceania dan sebahagian daripada tujuh puncak dunia terletak di bahagian sempadan Indonesia pulau ini berkenaan. 

Saiz: 785,753 km persegi.

Populasi: 11,306,940 orang.

Ketumpatan Penduduk: 14 / km persegi.

Lokasi: Indonesia, Papua New Guinea.

3. Borneo

pulau borneo pulau terbesar

Pulau ketiga terbesar dunia ini terdiri daripada 3 buah negara Islam, iaitu Brunei, Indonesia dan Malaysia. Negara Brunei yang berdaulat hanya meliputi 1 peratus saiz keseluruhan pulau, manakala Indonesia sebanyak 73 peratus dan Malaysia selebihnya. Menariknya, Borneo mempunyai antara hutan hujan yang paling tua di dunia, dan terkenal dengan hidupan liar yang eksotik.

Saiz: 743,330 km persegi.

Populasi: 19,804,064 orang.

Ketumpatan Penduduk: 21.52 / km persegi.

Lokasi: Brunei, Indonesia dan Malaysia.

4. Madagascar

pulau madagascar

Madagascar adalah pulau paling luas di Lautan Hindi. Pulau ini menempatkan banyak hidupan liar yang jarang dilihat di mana-mana lokasi lain di dunia, dan dipenuhi dengan pemandangan semulajadi yang sangat cantik. Malah, 5 peratus daripada spesis flora dan fauna yang diketahui boleh dijumpai di Madagascar. 

Saiz: 587,713 km persegi.

Populasi: 22,005,222 orang.

Ketumpatan Penduduk: 33 / km persegi.

Lokasi: Afrika.

5. Baffin Island

baffin island pulau kelima terbesar

Terdapat 3 pulau di dalam senarai ini yang terletak di dalam negara Kanada, dan Baffin Island adalah sebahagian daripadanya. Kebanyakan penduduk pulau ini terdiri daripada kaum Inuit, yakni orang Eskimo, dan mereka tinggal di ibu negeri iaitu di Iqaluit. Bandar tersebut telah ditubuhkan pada tahun 1942 oleh Amerika sebagai destinasi mengisi minyak kapal terbang tentera ketika dalam perjalanan ke Eropah bagi tujuan peperangan. 

Saiz: 507,451  km persegi.

Populasi: 10,745 orang.

Ketumpatan Penduduk: 0.02 / km persegi.

Lokasi: Canada.

6. Sumatra

pulau sumatera indonesia 379

Tidak seperti pulau Borneo, pulau Sumatera adalah milik penuh bagi negara Indonesia. Pulau ini terletak betul-betul di garisan Khatulistiwa, dan berada dalam lingkungan gunung berapi serta gempa bumi. Kejadian tsunami juga pernah berlaku. Kesemua bencana ini mengancam hidupan liar yang memenuhi hutan-hutan di pulau berkenaan, termasuklah orang utan, harimau, gajah dan badak. 

Saiz: 443,066 km persegi.

Populasi: 50,000,000 orang.

Ketumpatan Penduduk: 106 / km persegi.

Lokasi: Indonesia.

7. Honshu Island

honshu island pulau ketujuh terbesar 296

Negara Jepun sebenarnya terdiri daripada 4 buah pulau utama. Pulau Honshu adalah pulau terbesar di negara matahari terbit itu. Pulau ini adalah pulau yang paling padat penduduknya dalam senarai ini, dan merupakan pulau kedua terpadat di dunia selepas Pulau Jawa di Indonesia, yang mempunyai 139 juta penduduk. Pulau Honshu juga menempatkan beberapa bandar besar seperti Tokyo dan Kyoto. Selain bandar besar, pulau ini turut menempatkan Mount Fuji dan Lake Biwa. 

Saiz: 225,800 km persegi.

Populasi: 103,000,000 orang.

Ketumpatan Penduduk: 447 / km persegi.

Lokasi: Jepun.

8. Victoria Island

victoria island pulau kelapan terbesar

Pulau Victoria adalah pulau paling besar di dunia yang terletak sepenuhnya dalam Bulatan Artik. Populasi pulau ini terdiri daripada 1,875 orang, di mana 1,477 daripadanya tinggal di Nunavut, dan selebihnya di Northwest Territories. Cambridge Bay adalah penempatan utama yang terletak di Nunavut. 

Saiz: 217,291 km persegi.

Populasi: 1,875 orang.

Ketumpatan Penduduk: 0.009 / km persegi.

Lokasi: Kanada. 

9. Great Britain

pulau great britain kesembilan terbesar

Adakah anda tahu bahawa bahawa Great Britain adalah pulau paling besar di Eropah, kesembilan di dunia, dan terbesar di United Kingdom? Pulau Great Britain meliputi beberapa buah negara, termasuklah England, Scotland dan Wales, kecuali Norther Ireland. 

Saiz: 209,331 km persegi.

Populasi: 60,800,000 orang.

Ketumpatan Penduduk: 302 / km persegi.

Lokasi: United Kingdom. 

10. Ellesmere Island 

ellesmere island

Seperti Pulau Victoria, Pulau Ellesmere juga terletak dalam Bulatan Artic. Sistem pergunungan Arctic Cordillera meliputi sebahagian besar pulau berkenaan, menjadikannya sebagai pulau paling bergunung di Kepulauan Artik Kanada, dan agak tidak sesuai untuk didiami manusia. 

Saiz: 183,965 km persegi.

Populasi: 146 orang.

Ketumpatan Penduduk: 0.000744 / km persegi.

Lokasi: Kanada.

Trivia: Adakah kepulauan Australia sebuah pulau, atau benua, atau lain-lain?

Rujukan & Bacaan Tambahan:

  1. worldatlas.com
  2. infoplease.com
  3. atlasandboots.com
  4. theworldorbust.com


✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rgxEWG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.