Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerana Dukung Elizabeth Tan, Zul Ariffin Ingin Jumpa Pakar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerana Dukung Elizabeth Tan, Zul Ariffin Ingin Jumpa Pakar

kerana dukung elizabeth tan zul ariffin ingin jumpa pakar 1

Kredit foto: Instagram Elizabeth Tan & Instagrtam Zul Ariffin

Ketika gosip perhubungannya dengan aktres, Elizabeth Tan, terus hangat diperkatakan, Zul Ariffin memberitahu dia barangkali terpaksa berjumpa pakar kiropraktik yang memfokuskan kepada masalah berkaitan sakit belakang dan sendi selepas mendukung penyanyi Knock Knock itu.

Dalam gurauan yang dimuatnaik di InstaStory itu, bintang Tombiruo ini berkata, dia akan mengaturkan temujanji dengan kiropraktik dua kali seminggu selepas menjayakan adegan dukung di lokasi penggambaran filem Misteri Dilaila itu.

"Terima kasih Lizzie jadi penyeri di set #misteridilaila dan kerana dukung awak, temu janji saya dengan chiropractor dah jadi dua kali seminggu. Sweet kan?," tulisnya di entri InstaStory berkenaan.

kerana dukung elizabeth tan zul ariffin ingin jumpa pakar 2

Kredit foto: Instagram Elizabeth Tan

Difahamkan, pelakon sasa ini mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai tanda ucapan selamat tinggal kepada Elizabeth yang terlebih dahulu menamatkan bahagian penggambarannya.

Sebelum ini, video yang memaparkan adegan Zul mendukung Elizabeth menjadi bualan hangat di media sosial, hingga ada yang menggesa mereka bergelar pasangan kekasih memandangkan masing-masing sudah memegang status solo. 

Begitupun, dalam masa sama, segelintir pihak menghentam Zul kerana menganggap aksinya itu kurang sopan.

Dalam perkembangan berkaitan, menerusi mesej sama, Zul turut meluahkan hasrat untuk kembali bergandingan dengan Elizabeth dalam projek lain.

Pelakon yang mencipta fenomena menerusi drama rantaian Titian Cinta bersama bintang baharu, Farah Nabila, itu, dalam nada jenaka, menggesa Elizabeth mengambilnya sebagai model muzik videonya nanti.

"Muzik video baru kalau tak panggil saya, siap!" tulisnya.



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IaewDi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.